June 30, 2012

belajar memandu yang macam macam ^^,

kisah hari pertama belajar memandu , 19 Jun 2012.

taklimat kpp (kurikulum pendidikan pemandu) sudah , test computer pun sudah siap 50/50 lagi , kau hadooo ? dan dgr teori pun sudah and dapat lesen L pun sudah 31 Mei lalu ! lesen L tu untuk pemandu yg bawak kereta lembab, macam ulya bawak -.-' haihhhh kenapa kenapa ?


lesen L - tak boleh bawak kereta kemana-mana tnpa cikgu !

ulya tak pernah bawak kereta di alam nyata . tak kenal satu benda pun melainkan steering dan tempat duduk dan bonet ! cermin tu haruslah sebab nak suluh muka masa umi and abah memandu , kalian pun kannn ? ?
masa ni lah untuk syok sendiri . ummi tengah drive tuu XD
(bukan imej sebenar)


mencari seorang insan yg bernama cikgu memandu.
ulya sampai kat akademi memandu tu , ulya cari cikgu ulya . cikgu memandu ulya nama dia cikgu norma . okay tak penting pun nama dia mention kat sini
ulya nak bagitaw dia tak sihat harini , eh macam korang doktor kan ulya bagitau kat sini
haihhh haihhh.

mengenal selain steering , bonet dan cermin ! 
cikgu ajar ulya kaki kanan minyak, tengah brek , yang kiri tu klach , masuk gear dengan bawak gear satu ! bila kereta tu berjalan ulya rasa sangaattt lah seronok ! yes ulya dapat menggerakkan sebuah kereta ! *sila tepuk reramai* 
tapi tipu lah kalau ulya tak rasa dup dap dup dap *listen to my heartbeat* ketika medulla oblongata control heartbeat ulya diwaktu eksaited dan gemuruh itu . 
bila kereta dah boleh jalan cikgu suruh ulya pandu pusing satu round . fuhhh peluh peluh macam tengah membina six packs .  lepas tu ganti cikgu lain sebab kan ulya cakap tadi dia tak sihat =(
seronok keminggg bawak cikgu meronda dgn gear satu !


cikgu baru klasik nasional...
dapat cikgu lelaki menggantikan cikgu norma . cikgu tu suka menyanyi sepanjang dalam kereta . 
mungkin cikgu suka dengar klasik nasional kot . ulya tembak je  ! ! ! HAHAHAHA XD sebab lagu-lagu yang dia nyanyi ulya tak pernah-pernah dengar lagi pun ! cubalah nyanyi lagu emang dasar , sesal mendua ke boleh jugak ulya join sekali . tak pun lagu maher zain . layannn je ^^,

pelajaran baru sekelip mata...
baru je belajar topik tu , cikgu dah ajar yg lain . ohhh mungkin ini seperti di matrik dulu dimana lecturer berlumba-lumba menghabiskan syllabus -____-' topik baru iaitu tekan minyak , tiga penjuru dan bukit . cikgu duduk di sebelah ulya bagitau step-step yang ulya kena buat kalau nak lulus test jpj 9 July ni . ulya pun sedaya upaya memahami sebab ulya pun memang nak lulus test 9 July ni ! ulya taknak ulang-ulang . ulya taknak ulang-ulang !
tapi ... cikgu tunjuk sekali terus keluar tinggal ulya .
"eh cikgu , jangan pi . ulya tak reti ni =(" tapi tak dihiraukan..
ulya faham , cikgu ni ulya pinjam . cikgu norma tu tak sihat . mungkin cikgu klasik nasional ada pelajar lain sesi tu ...
biasanya muka kita nak cium stering bila pertama kali belajar!


tiga penjuru .  atau three-point-turn . 
ini senang . nak tutup mata pun boleh tapi akan terlanggar tiang dan akan gagal jika meneruskannya saat test jpj nnti . harap buat kalau ada banyak duit untuk dilaburkan akibat asyik-asyik ulang test jpj . 
kenapa dipanggil tiga penjuru ? ?
kerana hanya tiga pergerakan sahaja dibenarkan iaitu masuk , undur dan keluar . tapi senang je klau ikut step , tak tipuuu !


kredit utk belog yg tertera . ulya tak nmpak nk salin balik
tips ulya : kalau korang bosan tunggu orang depan korang buat tiga penjuru ni kannn , korang usha muka dia masa dia reverse terutama yang keluarkan kepala nak tengok bontot kereta dia terlanggar tiang atau tidak...
so kelakar KAH KAH KAH ! !


mungkin kereta begini dapat mengurangkan aksi lawak mengeluarkan kepala untuk melihat bontot kenderaan , bumbung terbuka bontot pon ketot . perfecto !


kan bagus kalau ulya secekap ini , kelihatan cool je dan gojez
(eh sejak bila stering kereta malaysia belah kiri ?)


Sepetang Di Pinggir Bukit - Sudirman
pelajaran seterusnya iaitu pandu kereta naik bukit dan turun bukit . ulya entah kenapa ulya rasa ia quite tough . ulya asyik lupa tarik handbrake je pastu kalut-kalut angkat tangan keatas tanda tengah roda tayar depan ulya dalam line . nak tunjuk kau mampu lah tu jahhh ! hahahaXD itu satu hal ! lagi satu hal , dah tarik handbrake , tekan minyak lepaskan klach, mesti tak berjaya angkat handbrake . banyak kali pulak tu . ulya rasa susah nk angkat handbrake tu sebab guna tangan kiri yg ulya jarang gunakan melainkan ulya lepas stereng dan angkat guna kedua-dua belah tangan !
bila tayar depan tengah2 line , kena angkat tangan atas sampai ketiak terbuka . yg ni salah , dia tak reti tuu...


mujurlah hypothalamus datang menyelamatkan =)
memandangkan ulya baru datang harini dan merasakan hnya ulya saja baru sesi pertama harini maka ulya berfikiran semua orang akan mengalah untuk ulya . aiyooo ! kejadian malang ni berlaku apabila ulya turun bukit dan menyangka kaki ulya steady di brek . tetiba kelihatan seorang makcik yang akan melintasi di depan ulya dari roundabout depan . so sebagai pemandu berhemah , garisan putih depan ulya so ulyalah yg bertanggungjawab BERHENTI . dengan penuh keyakinan kaki di brek ulya , ulya tekan tapi kereta makin laju sebab ulya pi tekan minyak  dan makcik tu nmpak gayanya seperti tak akan berhenti .
syukurlah hypothalamus yang translates extreme emotions ulya yang gelabah into physical responses maka secepatnya kaki ulya menekan pedal brek .
fuhhh syukur makcik , betul2 kereta ulya berhenti depan kereta yg makcik tu pandu . makcik tu pun macam paham dan senyum jah . wah comel makcik senyum !
dapat yang garang camni , nangis kau kat jalan ! T_______T

pakcik kata bagus (Y)...
tamat dua jam . pakcik dreber yg dok hantar pi mai balik ulya cakap , dia tengok ulya bawak tadi . dia cakap bagus ulya boleh bawak walaupun kali pertama dan dia kata selalunya kalau perempuan cikgu akan duduk lama kalau hari first . so ulya pun rasa happy bila pakcik puji macam tu , tak jadi terus nak cerita kat pakcik pasal insiden tu...keh keh

soalan pelik jawapan logik
ulya balik terus cerita kat abah pengalaman . bila umi balik ulya cerita lagi . pastu ulya tanya umi soalan . bukan soalan pun sebenarnya , tapi mengadu ! 


"ummi kenapa kita kena berhenti bila naik bukit tu , jadi susahlah . kena angkat handbrake la, pastu nak jalan balik kena tekan minyak seimbangkan klach laa , turun handbrake la . bukan kita nak berhenti pun bila kita naik bukit bawak atas jalan betul kan ?" tanya ulya penuh kehairanan  .
ummi menjawab "oh itu untuk melihat sejauh mana kita apat kawal kenderaan tu . kalau kita atas jalan berbukit , dan waktu tu jalan sesak kita kena tarik handbreak . nak jalan balik kita kena tekan minyak, seimbangkan klach an angkat handbrake . kalau kita tak reti buat semua tu , kita akan undur an langgar kereta-kereta di belakang kebommmm !"
"hakhakhakhak" ulya gelak je , supaya taklah umi malu kalau buat lawak tak jadi . kui3

abah ngan ummi bawak kereta sebelah tangan pun boleyhhh , sambil sebelah tangan lagi picit jerawat . Eh ?

takpa susah masa belajar ja ulya , nanti bawak pakai auto gerenti tak susah dah.

cikgu paling garang ! apaaa ?
ulya telefon kawan ulya yg pernah blajar memandu kat situ . saja tanya khabar . dia tanya cikgu ulya nama apa ? ulya jawablah "cikgu norma" . dia gelak jaa kat ulya then dia cakap cikgu norma tu terkenal paling garang kat situ . ulya istighfar banyak la time tu . yg kawan ulya gelak sebab ulya penah cakap kat dia kalau ulya dapat cikgu garang2 ulya takmau belajar . opsss ? ! lantaklah , tapi tadi ulya jumpa, dia tak garang pun . mungkin sbab dia tak sihat . esok ulya akan jumpa dia lagi =) harap cikgu dah sihat dan tak garang too !

pesanan penaja , cepat-cepat amik lesen ye kawan-kawan =)
atau korang memang simpan niat nak kayuh basikal sampai ke tua ? ?

peace no war ! chill ;p

-tamat-




eh tak tamat lagi , ulya nak tunjuk gambar 'Miyul' satu-satunya hamster jantan yg ulya ada . nnty ulya perkenalkan pulak 'Tat Nana' dan 'Uya', lagi dua hamster betina ulya yg omey-omey , tunggu taw !



15 comments:

putryteya said...

haa , baik ulya ni . HAHHA

seronok je dengar ag citer pasal belajar kete . haha , bila pulak aku nak citer pasal latihan tu ?? seminggu lagi !! ARGHH

faradibanati said...

eh sama la ktetgh belajar nk bwk kete. perasaan first time gerak kereta sgt la awesome. and bila dh dpt L cm best. hihi

AsH ShiKaNo said...

nk g blaja gk..tp takut :(

Ulya said...

putryteya : hehe , ulya baik kan ? :)

takpe , nnti atiyah dah belajar , terus cerita pada dunia . fuyooo !

Ulya said...

faradibanati : kan kan kan ?
ohsemmm gila . dapat L je pun , balik umah lompat2 tayang semua org .
ulya lg dasyat , buat dp fb terus . hahaha ^^,

Ulya said...

AsH ShiKaNo : jangan takut , sbb ianya best gilerrr !

Patrick Star said...

harap2 cikgu tu garang...keh3

Ulya said...

haha . dah belajar 6 jam dah dan mmg cikgu tu garang .
cam apa lagi kna marah .
haihhh malu taw malu ! org bwu blajar mmg tak terer lagi .

pinoc said...

teringat pulak time belajar kereta dulu.. (ceh, mcm lama sgt je)..

rasa mcm nak terkentut-kentut time test jpj

Ulya said...

hahah :) dah dapat lesen msti dah lega kan ? !

boleh pusing2 ronda satu negeri ! >.<

pinoc said...

lega la jugak.... boleh racing laju2 kat highway... 140km/jam.. tak laju sgt kan... hehe. tapi lagi best kalau setakat bawak waja, pastu potong BMW... rasa hebat..

Anonymous said...

best nye dah blh buat lesen. kita nak bt lesen mak suruh tunggu dah cukup duit blh beli kereta,baru bt lesen,terus beli kereta. -____-

Fi Qah said...

bes2 bawak keta......rasa nk bawak lagi2...:)

Ulya said...

pinoc : hehe leps ni ulya nak bawak kancil potong bugativeron terus .
amacamm ? ? hebat tak ! >.<

Ulya said...

Fi Qah : hehe boleh racing lps ni ^^,