July 28, 2012

Amalan Buat Muslimah Yang 'Allah Bagi Cuti' . . .

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum :)

Disini ulya nak kongsikan satu artikel menarik, cadangan amalan buat muslimah yang ABC pada bulan Ramadhan ini :) Moga-moga bermanfaat untuk kita semua ^^
Ramai kaum hawa bersedih kerana tidak dapat menunaikan kewajipan beribadah semasa di dalam HAID lebih2 lagi kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkah ini mahupun di hari biasa….
Rasulullah saw bersabda : “Sekiranya kamu sedang haid, tinggalkan solat dan sekiranya darah itu berhenti, mandi dan solat.” (Direkod oleh Bukhari)

“Sesungguhnya perkara ini (haid) adalah ketentuan Allah swt ke atas setiap wanita.” 
(Direkod oleh Bukhari)

Wanita yang mangalami haid janganlah menganggap seakan-akan pintu ibadah tertutup rapat untuk mereka. Sedangkan kewajipan ibadah tidak gugur disebabkan haid….

Sebaik-baiknya bulan RAMADHAN ini, wanita haid bangun pada waktu sahur walaupun tidak dapat mengerjakan solat malam tetapi bangun bagi mendapatkan keutamaan BERISTIGHFAR di waktu sahur kerana di waktu sahur ini adalah waktu paling tepat untuk memohon keampunan kepada Allah swt…sebagaimana ayat-ayatNYA.

“(Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman,
Ampuni segala dosa kami dan pelihara kami daripada seksa Neraka.’
(Iaitu) orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah),Dan yang memohon keampunan (istighfar) pada waktu sahur.”
(Surah Ali Imran, ayat 16-17)

Jadi, jangan lepaskan peluang ini…penuhi Ramadhan kita…Jangan sia-siakan masa dan waktu itu.


Antara Amalan Lain Wanita Haid:

Ibadah hati

  • ‘NIAT IKHLAS’ spt menjauhkan larangNYA merupakan ibadah atau niat untuk melakukan kebaikkan .
  • ‘Rasa diawasi Allah swt’ dpt mnghalang melakukan dosa.
  • ‘Muhasabah diri’ agar dpt menginsafkan diri.

Amalan lisan

  • ’Zikir’ iaitu membasahi bibir dengan zikir-zikir serta doa-doa pagi petang spt (tasbih, tahmid, takbir, istighfar dsb) ia juga dianggap sedekah.

Amalan badan

  • ‘Senyum, tolong menolong, serta hadir majlis ilmu, taat suami/ keluarga dsb.'

Ibadah Harta

  • ‘Sedekah, zakat harta dan seumpamnya’.

Ibadah dengan akal

  • ‘Merenungi kebesaran Allah swt mengenai penciptaan spt langit dan bumi.


Mudahan dengan amalan-amalan ini dapat mendekatkan diri kita kepada Allah swt.

Jangan bersedih wahai kaum hawa....




Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir. Wallahù'alam bíssawab .

Wabíllahí taùfík walhídayah, Wassalamù'alaíkùm warahmatùllahí wabarakatùh.  


10 comments:

SaddLone said...

terima kasih untk perkongsianya.. :)
kbnyakan gadis2 abc tau duk diam je..kadang rasa rugi jg..:)

Enchek Kamen said...

nice one!

JIJI YU said...

leh baca tafsir kan

Natasha said...

nice sharing =)

~uǝǝʇɐɟ said...

Good info to share :)


alhamdulillah, semoga entry ni byk mmbantu untk kita semua prtgkatkn ibadah walaupun dalam ABC :)

en. buaya said...

banyak jalan yg terbentang luas.. :)

putryteya said...

Sangat bersyukur Tuhan anugerahkan begini , walaupun bercuti masih boleh beramal ibadat . :)

Aku teringat ustazah aku pernah kata " Kalau kita dengar azan , kita niat
-Sesungguhnya aku tidak boleh solat keranaMU Ya Allah -
dapat pahala , macam orang solat !"

SubhanaAllah ......

mudz abdul halim said...

nice shot ulya ='),jalan yang allah bagi terbentang luas,tapi kita yang selalu tutup mata.

LuQmatuL_AisH said...

alhamdulillah..,Allah memang maha adil,dan tak pernah merugikan ^_^

adibahfaizah said...

Sedih jugak. T_T. sebab tak dpt pose first ramadhan hari tu.
Tem2 ABC ni slalu baca ma'thurat :)
Siapkan mknn untk orng pose pun dpt phala, kan ? tak silap laa. hehe