July 21, 2012

Checklist Ramadhan : Jom Tingkatkan Ibadah :)

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum :)

Wahhh , sedar tak sedar , dah 1 Ramadhan :) Semua orang dah buat entry pasal Ramadhan awal-awal . Ulya, kejap lagi terbit fajar nak puasa, baru buat . *takpe je kan :)
So terasa tak dup dap dup dap seronoknyaaa dah masuk 1 Ramadhan ^^
Solat tarawih pertama pun dah buat kita terasa bahang Ramadhan kan :)

"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan kerana keimanan kepada Allah dan berkira-kira (mengharapkan pahala) hanya dari-Nya maka diampunkan dosanya yang telah lalu. "(riwayat bukhari oleh Abu Hurairah)
maka ayuh kita rebut ganjaran yang dijanjikan :)

So jom kita tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan ni ! Masa inilah kita nak pulun habis-habisan , kerana pada bulan mulia inilah pintu syurga dibuka seluas-luasnya , syaitan-syaitan pula dibelenggu . Dan ketika inilah , kita diuji sejauh mana kita dapat mendidik dan menundukkan hawa nafsu kita .




Ayuh buat checklist amalan-amalan yang dapat kita amalkan , tingkatkan dan teruskan !


BersahurDari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)


Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”



Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa . Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Jaga pandangan , jaga perkataan , jaga perasaan dan jaga perbuatan .

Bermurah hati dan banyak menderma Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

Memberi makan untuk berbuka puasa . Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)


Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran . Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.



Mendirikan malam dan solat sunnat . Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)


Banyak lagi ibadah-ibadah yang dapat kita amalkan di bulan mulia ini . 
Dan semoga kita berpeluang bertemu malam Lailatul Qadr yang dijanjikan oleh Allah sebagai satu malam yang paling mulia dan lebih baik daripada seribu bulan .
Moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beruntung dan diampunkan dosa . Amin .




Ya Allah, ampuni kami dan ampunilah orang-orang yang bersalah pada kami,
kurniakanlah kami hati yang bersih memasuki bulan Ramadan yang suci ini. 
Ya Allah,hanya ampunanMu yang kami harapkan, hanya rahmatMu yang kami dambakan, hanya syurgaMu yang kami impikan... 
Aamiin.. 

Terima kasih buat semua yang wish Salam Ramadhan kat chatbox ulya .
Salam Ramadhan untuk semua jugak :)
# Ulya tak blogwalking sehari dua ni . Tapi malam ni InsyaAllah , ulya akan blogwalking .


Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir. Wallahù'alam bíssawab .
Wabíllahí taùfík walhídayah, Wassalamù'alaíkùm warahmatùllahí wabarakatùh.



13 comments:

Nurulee said...

InsyaAllah =) Selamat berbuka puasa. hehe.

Enchek Kamen said...

“Awal bulan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya ialah pembebasan dari api neraka.”

Imam Az-Zahabi (sarjana hadis) menyatakan hadis ini adalah hadis mungkar yang membawa maksud diriwayatkan oleh perawi yang dhaif bertentangan dengan perawi yang thiqah.

sedikit perkongsian ilmu. ^^

http://langitilahi.com/9357

ismi nurash said...

selamat berpuasa,ulya. ramadhan kareem :)

miss fluffy said...

salam ramadhan ulya...moga tahun ini lebih baik amalan kiat:)

nadia amalina said...

ulya , selamat berjuang melawan diri sendiri ^-^

Maya Mahbubah said...

Amalina Ulya...Selmat berpuasa ye...Jgn ponteng2 k...Hehehe...

leakedknowledge said...

Salam 1Ramadhan ulya:P

Izyan said...

no comment lg ye..hehe..takpa la meh aku jadi first org komen..
salam ramadhan ulya ! :)

putryteya said...

salam ramadahan ulya .. :D

insyaallah aku akan buat checklist !
:) :) nice sharing !

*zafirah* said...

Thanks for sharing :)
Insyallah,akan cuba dipraktikkan sebaik mungkin^^

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Salam Ramadhan al-mubarak Ulya..
Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnye..~

Cendol said...

Salam Ramadhan juge ye ulya..moh tingkatkan amalan :)

mr emperor said...

hei ! rindu laa, ( rindu nak baca blog oke)..

semooga ramadhan kali ni penuh bermakna untuk kita sumee.. :D