July 29, 2012

Dosa XXL ! Oh My Ramadhan ! ! !

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum :)

Bulan Ramadan ini lah nak kumpul pahala kan . Bulan puasa ini jugaklah Allah gandakan pahala atas setiap amal yang dibuat kan . Bulan puasa inilah bertimbun-timbunnya janji Allah kepada mereka yang berbuat kebaikan . Bulan puasa inilah kita nak rebut semua tu :)

Bulan puasa ni jugak bulan pengampunan dosa . Bulan tertutupnya pintu neraka .

Besar kan nikmat Allah bagi , kita dapat bertemu dengan Ramadan :)


Dosa XXL .

Apa tu dosa XXL . Kemain , XXL lagi saiznya , amboi ! Ce teka , ce teka ? ?

Tanpe membuang masa lagi , ulya teruskan saja . Tak payah la main teka-teka . Bukan dapat hadiah pun , hewhew .


*serius*

Pertama , sesetengah orang ada juga yang malas bersolat tetapi tidak ada masalah berpuasa . Puasa kan senang saja , tak makan tak minum . Sampai masa , berbuka . Kalau kita busy memanjang , tak terasa pun macam berpuasa . Sedar-sedar , waktu berbuka dah . Takpun , duduk menghadap tv dan laptop sepanjang hari , terasa sungguh sekejapnya waktu berbuka , ya kan kawan-kawan ?

Puasa senang , solat susah ke ? 
Kedapatan orang yang puasa cukup lengkap sebulan , tapi solat lima waktu sehari pun tak sempurna . Adakah diterima puasa orang yang tidak bersolat ? Bukankah ada hadis yang menyebut puasa Ramadan menghapuskan dosa ?

Hai cik adik dan cik abang ! Kita kena faham solat tu tiang agama :) Orang yang tidak bersolat amatlah besar dosanya , tak kiralah bulan Ramadan ataupun tidak .

Hadis berbunyi ;


Ya , memang pengampunan Allah sangat luas . Tapi ada syaratnya juga . Syaratnya mestilah dijauhi dari dosa besar . Takkan kita nak jadi hamba Allah yang mengharap pengampunan Allah dari Ramadan hingga Ramadan , tapi solat tidak ditunaikan . Sedangkan tidak bersolat itu suatu dosa besar .
Tidak solat adalah dosa yang XXL saiznya . Kalau macam tu , tidak dapatlah puasa menghapuskan dosa-dosa yang lain kerana dosa tidak solat itu sendiri begitu besarnya ! Wallahualam .


Kedua , bagaimana dengan orang yang berpuasa sedangkan mulut dan lidahnya tidak terkawal ?
Puasa dalam erti kata yang sebenarnya adalah menahan diri daripada melakukan sesuatu yang membatalkan puasa , termasuklah menahan mulut dan lidah daripada bercakap sesuatu yang dilarang Islam .

Jika orang yang makan dan minum dari terbit fajar hingga sebelum terbenam matahari , maka secara total puasanya batal tetapi orang yang mengeluarkan kata kata dusta maki hamun dan sebagainya adalah membatalkan pahala puasanya !

Ini jelas berdasarkan hadis berikut ;


Hadis ini menerangkan betapa sia-sia dan tidak bermaknanya puasa yang dikerjakan oleh orang-orang yang sentiasa melakukan kerja-kerja maksiat, sentiasa bercakap, mengeluarkan kata-kata yang berbentuk dosa dan sebagainya . Oleh itu berhati hatilah dalam menjalani ibadah puasa !

Ketiga , usah jadi pemboros dan besederhanalah .
Amboi , kemain lagi kan  , mentang-mentang bazar Ramadan bukak bulan Ramadan saja , maka inilah kesempatan yang perlu diambil untuk memborong sehabis puas . 
Nampak itu , sedap . Nampak ini pun sedap . Biasalah perut tengah lapar kan kan kan...
Tapi , kita kena ingat , Islam mendidik kita agar besederhana dalam berbelanja . Bulan puasa sewajarnya mendidik kita agar menahan nafsu mata dan nafsu perut agar tidak boros berbelanja . Sifat dan amalan makan secara sederhana ditekankan dalam Islam .
Dalam hal makan minum dan pakaian , jika berlebihan adalah termasuk dalam golongan orang yang boros .


Ramadan bukanlah musim bagi umat Islam menjamu selera dengan menyediakan makanan dan minuman secara mewah-mewah dengan pelbagai jenis menu . Kerana semua ini akan lenyap setelah berbuka puasa , iaitu perasaan lapar , haus dan dahaga akan hilang setelah minum hanya beberapa teguk air dan makan sedikit kuih sahaja . Perasan tak ?
Maka perasaan ingin menikmati segala jenis makanan dan minuman sudah berkurangan . Akhirnya pembaziran akan berlaku . . .




Ternyatalah bahawa sederhana dan berhemat dari segi perbelanjaan makan dan minum ketika melaksanakan ibadah puasa dalam bulan Ramadan dapat menyelamatkan seseorang dari sifat boros , membazir dan melakukan perkara yang sia-sia .
Dan sesungguhnya sifat hemat itu dapat melahirkan rasa syukur pada Allah swt .


Setakat inilah sahaja perkongsian Ramadan untuk entri ini . wabillahi taufik walhidayahilal liqa' InsyaAllah .


Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir. Wallahù'alam bíssawab .

Wabíllahí taùfík walhídayah, Wassalamù'alaíkùm warahmatùllahí wabarakatùh.  


16 comments:

Maya Mahbubah said...

Alhmdulilah...Dpat sesuatu yg bermnfaat di bulan Ramadhan ni...Nnt post lg tau tentg keistimewaan bulan Ramadhan...Best sgt2...Hehe..Oh My Ramadhan...!!! :-)

fiqah hamed said...

Assalammualaikum~
Jemput join sini.. (:

http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2012/07/exclusive-ramadhan-giveaway-by-kiera.html
dan
http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2012/07/gempak-giveaway-by-fatin-roziana.html

*terima kasih*

Enchek Kamen said...

sangat lah rugi org yang yang grad dari U ramadhan dengan CGPA 0. Bazar banyak, makanan banyak, duit ja tak banyak. Syukur sebab Allah lindung dalam cara yang kita tak dapat bayangkan. Kurang duit, kurang boros, kurang dosa. ^^

Enchek Kamen said...

Jap.. Lupa nak tanya. Apa nama lagu dalam blog ni? bukak ja blog ni mesti dengar. sampai dah terhafal dah pun. comel. ^^

JIJI YU said...

haduhhh..camne la gamaknya keadaan puasa aku

adibahfaizah said...

Rasanyer yang-ketiga tu selalu buat time skolah dulu. . hehe. pantang dpt outing pergi bazar, habis serbu semua jenis mkanan. .

bazar Ramadhn ni pun satu, time2 bulan Ramadhn ni lah segala macm jenis juadah keluar..time bulan2 bese tak de pun ==". saje je nak menguji iman.

putryteya said...

haa , sangat setuju . masih ramai yg buat cam tuh !

adik aku tu , puasa rajin , solat tak pulak . malas . eeihh geram betul aku !! nasib baik tak baligh lagi tu ~

en. buaya said...

hohoho.. memang, bila kita tengok pun memang ramai yg larat berpuasa tapi xlarat nak solat.. sbb tu ada hadis yg sebut berpuasa tapi dapat lapar dahaga je.. hehe

~uǝǝʇɐɟ said...

Penyampaian entry kali ni sgt bermanfaat! Ayuhhh, berubah :)


Kartun2 tu kelakar & sampai apa yg cuba diketengahkan...

Secrets of A Teenage Girl said...

bagus entry ni.. terima kasih..
harap tak sia2lah puasa kita ya ;)

Cendol said...

huiihh kalo puase je solat tak payah tu mmg hampeh la.psl gosip tu haha mmg kdg2 nmpk org pelik sikit mula la nk ckp.bak kata Prof Muhaya, sape rase nk mngata org,lempang mulut sendiri.hehe
alhamdulillah setakat ni tahan lg tak pegi bazaar.nice entry.tq ats pringatn :)

Muhammad Syahrul Firdaus said...

naam ahsanti :) alhamdulillah syukran peringatan...

Nurlyla said...

thanks ulya... :)

lynndAmya said...

wah, seronok bace entry ni, sgt bermanfaat, terima kasih kerana berkongsi, ulya.. :) hehe owh doodles sy dh siap, tp ade cikit je :(, jemputlah tgk..hehe TQ :D

miss fluffy said...

nice ulya..oh my ramadhan..

*zafirah* said...

wah,bagus entry ulya :)
betul tu,ada kawan fira puasa tapi tak sembahyang--'
xditerima kan puasa dia?

http://xiexiepinky.blogspot.com/2012/08/kelahiran-putera-ke-5-dalam-keluarga.html