July 05, 2012

Kehebatan di Bulan Syaaban :)

Bismillahirrahmanirrahim :)  Assalamualaikum .


Rejab sudah berlalu. Kini telah pertengahan Syaaban. Lambaian Ramadan 15 hari lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.


Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."



  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)



  • Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban

15 hari lagi untuk ramadhan :)

renung-renungkan dan selamat beramal :) semoga kita sama-sama mendapat pengampunan dan rahmat Allah dan tergolong dalam golongan-golongan yang bertakwa dan mendapat ganjaran syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT, insyaAllah.

semua gambar ihsan google . info dipetik dari laman iluvislam.com
syukran, jazakumullah khairan kathira .
wassalam .


13 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Tak lama lagi ramadhan...
Semoga amal ibadah kita diterima & mendapat rahmat dariNya...

putryteya said...

yeyayy ..aku comel lagi . tengok . aku dah perasan setiap kali mai blog hang .


selamat menyambut bulan syaaban ! jum ramai2 puasa sunat . tak sabarnyee nak tunggu bulan RAMADHAN AL-MUBARAK !

Ulya said...

LiLy @ MumMyQiStInA : ye ye , tak sabar2 nak bukak puasa ramai2 ngan family , tak sabar2 nak smbhyang tarawih . meriah nyaaa :)

Ulya said...

putryteya : ak pun tak sabar jugak , best kan , rasa meriah !

haha :) ak suka ang comel bnyak2 kali >.<

Bulan Syurga Firdausi said...

yaaa Ramadhan mudbarak... yaa Allah... smpaikan lah kami dalam Ramadhan & lailatul qadar :)

leakedknowledge said...

muhasabah diri :) tq 4 da infos :)

Ulya said...

Bulan Syurga Firdausi : moga rmadhan kali ini lebih bermakna dari ramahan sebelumnya ..

dan semoga dapat kita rebut peluang beramal dalam rmadhan ini ....

Ulya said...

leakedknowledge : afwan , sekadar berkongsi untuk peringatan dan panduan bersama .

sedutzone said...

Bulan yang di tunggu hampir tiba... yiehaaa... Ramadhan...

Cik Kay Jue said...

wah ramadhan da dekat.. >_< tak sabarnyer.. :)

chot ok..! said...

selamat menyambut buln ramadhan tak lama lgi ulya :)

Ulya said...

chot ok..! : syukran :)
barakallahufik .

mr emperor said...

insyaAllah, bulan2 lain pun hebat gak.. hehe