July 10, 2012

LULUS kali pertama dan pertama kali ! Alhamdulillah :)

assalamualaikum readers , followers , bloggers sekalian alam .


tahukah kalian Lulus.sp dalam sainsnya sejenis binatang kesukaan kalian ?


macam mana korang boleh suka binatang ni ? ulya hairan lah . eiiiiii !


jom ulya ceritakan sedikit pasal binatang kesukaan kalian ni .


Lulus sp. adalah millipedes sejenis hidupan dari phylum Arthropoda di mana sebenarnya dunia ini di dominasi oleh hidupan dari phylum Arthropoda kerana spesis mereka yang besar dari segi bilangan dan diversity spesis mereka . Phylum Arthropoda ini pula terbahagi kepada 6 kelas iaitu , Crustacea , Chilopoda , Diplopoda , Insecta , Arachnida dan Merostomata . Lulus sp. , millipedes atau bahasa Melayunya ulat gonggok adalah spesis Arthropoda dari kelas Diplopoda .

tapi untuk entry ni , bukan niat ulya nak cerita habis-habis pasal binatang comel kesukaan kalian ni . oh tidak ! kalau kalian minat sangat binatang ni , sila godek biodata tentang dirinya alam laman sesawang yang luas ini . sekian .

yaaa ! ini baru betul :)
ulya sebenarnya nak hebohkan pada semua yang ulya lulus test JPJ (kereta) semalam , 
9 July 2012 bersamaan 19 Shaaban :) 
dan yang paling membanggakan diri sendiri , ummi dan abah , ulya lulus test JPJ walaupun inilah kali pertama ulya amik lesen dan ini baru kali ketiga ulya pandu kereta di jalan. 
yeahhh , ada berbaur riak kan situ kan ? ceittt !


"angah lulus test JPJ sekali je . nanti bila angah dah besar dah ada anak , boleh cerita kat anak-anak yang angah dapat buat sekali saja . bangga taw sapa dapat lulus sekali saja ni, ummi dua kali baru lulus" ujar ummi penuh kegembiraan dan keyakinan .
dan ulya tersenyum penuh kesyokkan dan kekembangan . debushhhh ! over gila !


masuk bakul angkat sendiri. wah comelnyewww titew disitu ... dan seksi . ahakss
(bukan imej sebenar)


baiklah baiklah . sebelum ulya mengarut dengan lebih lanjut , baik ulya sediakan tips untuk kalian di luar sana yang bakal mengambil test JPJ kelak .
bagi yang baru merancang nak belajar memandu , yaa sila habiskan membaca entri ini dahulu ---> hari pertama belajar memandu . . .


ulya nak highlight pada tips untuk ujian bahagian III iaitu memandu di jalan raya .  markah penuh bagi ujian ini adalah 20 markah dimana 20 elemen diambil kira .
mari kita kupas (eceyyy kemain lagi , kupas . skema je) tips-tips yang jangan korang tertinggal langsung sebab ia menyumbang kepada kerugian apabila ditinggalkan .
pastikan anda menghafal 5 step ini sebelum menggerakkan kereta anda JPJ nanti.


pertama, membetulkan tempat duduk .
tarik tempat duduk dan duduk dalam keadaan selesa dan kaki anda sampai untuk menekan klach , brek dan minyak.


kedua, membetulkan cermin pandang dan tepi .
walaupun anda rasa cermin anda dah betul , buat-buat jugak aksi membetulkan cermin . kalau pegawai jpj tu lelaki dan anda segan untuk memanjangkan tangan anda membetulkan cermin sisi kiri , beri arahan kepada dia supaya untuk menolong membetulkan cermin tersebut .


ketiga , pakai tali pinggang keledar .
jangan lupa step ni , inilah paling penting untuk keselamatan. maaf, gambar seksi je jumpa .


keempat , menentukan gear dalam keadaan bebas . 
kalau korang rasa gear tu memang dalam keadaan bebas dah pun , alah berlakon saja berbetulkan gear tu . bila lagi nak jadi pelakon kan ?


dan yang kelima , menguji keadaan pencuci cermin dan lampu isyarat belok kanan dan kiri .
walaupun tak hujan , tetap kena melakonkan drama mencuci cermin ni taw :)


secara tidak langsung , anda berjaya mengumpul 5/20 . kemudian anda bolehlah drive kereta dengan penuh macho nya bersama pegawai JPJ di sebelah anda . 
ingat , jangan main mata (eh , perlu ka pesan macam tu) ?


baiklah , lagi 15/20 tu , akan dinilai melalui cara anda memandu kenderaan di atas jalan raya . 
iaitu cara menggunakan isyarat lampu dengan betul , gunakan brek tangan dengan betul, mematuhi peraturan lampu isyarat , mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan , mematuhi peraturan garisan dua selari , memandu dilorong yang betul serta pengawalan stering , memandu kenderaan di jarak yang selamat , memotong dengan cara yang betul , mematuhi had laju , memberi keutamaan kepada pejalan kaki , basikal dan motorsikal , memandu di selekoh dengan betul, tidak menukar lorong tergesa gesa , memberi keutamaan kepada kenderaan di sebelah kanan , memandu secara tidak merbahaya dan gunakan gear yang sesuai mengikut kelajuan .


silly mistake yang jangan dibuat sepanjang penilaian pegawai JPJ ,
jangan memegang steering dengan cara di bawah ini !





cara yang betul : pegang steering dengan posisi jam 2-10 atau 3-9 .



dan jangan memandu terlalu menghimpit tepi jalan kerana itu laluan motorsikal .




haaa cukuplah tu tips ni kan . dan terima kasih yang wish gudluck before ulya amik test JPJ dan terima kasih yang ucap tahniah bila ulya dah lulus . budi dan jasa menjadi ingatan dalam kenangan . ulya sangat menghargainya .
pada yang nak amik test jpj minggu ni , minggu depan , bulan depan ataupun tahun depan , ulya nak ucapkan All The Best ! cayalahhh , kalian mesti boleh punya ! 
ulya doakan bersama kalian , pasti ada kejayaan yang mengiringi . doa banyak-banyak agar Allah permudahkan segalanya :)


sekian saja daripada ulya yang sangat terujaa dan suka sebab lulus test JPJ bukan suka lulus sp. si millipede tu :P
psttt , baru dapat call , lesen P dah siap , cepat nya ! boleh ronda-ronda :)


30 comments:

Sis Eiyan Azian said...

congratez :)

Emma said...

bgs tips2 ni, bleh dbuat bekalan di hari kmudian,, ho3.. sbab sy blm amk lg.. myb dlm 2 3 taon lg kot.. anyway, congratsz cz lulus test jpj ^_^

Ulya said...

Sis Eiyan Azian : tenkiu sis ,
haihh lima kali dah apa sis
ucap congrets . kikki :)

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Akak geli dgn binatang tu...

Tahniah Ulya...happykan bila dah dpt lesen...akak dulu pun sekali test jer..tapi lepas dapat lesen tu dekat sebulan lah baru berani pandu keta sendiri..tu pun ayah dah bising2..klu tak sampai sekarang tak berani pandu keta.. :)

Ulya said...

Emma : hehe :) terima kasih .

okay , nnty bila nak amek lesen kan , terus datang belog ulya buat revision balik taww :)

siti naqiah said...

alhamdulilah thniah ulya :)

Tinta Lana said...

Assalammualaikum ulya :)

Tahniah ya..

Time akk dulu, akk failed,bhahahaha. Kali kedua baru lulus..sebelum tu, takda kereta, tak prnh pegang stereng keta.. memang pnglmn betul time tu.. :)

Emma said...

aah.. mst dtg balik pnya! haha.. sy pn nk lulus jgak cm ulya.. ho3

Ulya said...

siti naqiah : hehe :)
terima kasih ^^

Ulya said...

Tinta Lana : oh , okay lah tu kali kedua pun .
ummi pun dua kali jugak , tp cekap gilaa bawak kereta sekarang :)

ulya pun tak penah bawak kereta seniri2 , yg tiga2 kali tu smua kat sekolah mmndu :)

Ulya said...

Emma : hehe :)
okayyy !
ulya doakan emma lulus ,
tak kiralah bila pun emma nak amek test JPJ nnty ^^

cendol said...

whoa..tahniah ye ulya! kene bangga eh sape yg lulus sekali je?hihi Cendol pn rase bangga jugak lahh!! haha

Fi Qah said...

tahniahh....eehhh ulat gonggok ...lulus SP.hehhe

Nurul Iman said...

wa...bgusnya...nurul dlu kena 2 kli test jpj bru lulus...

Kamal Lee said...

Wah. taniah taniah. hewhew. :))

putryteya said...

wawaa ,, seronoknya dia dah lulus test jpj !! tahniahh sekali . aku taktau dah berapa kali aku ucap tahniah . haha

wahh ! bagus2 bagitau info2 tu . aku mmmg nak tau pun . lagipun ,aku nak tanya hang pasai parking kereta . hang ingat tak ?? tulunn aku ..

miss fluffy said...

congrats^^...aish berdebar lak rs..kita xambil test jpj lg..bru dok belajar lg...huhu ntah la lulus ke tak nt;p

Ulya said...

cendol : tenkiu :)
haah cendol , kena banggalah dgn pencapaian terbaik diri kita :)
bukan sng perempuan nak lepas sekali je taw ^^

tapi , tak bngga2 lagi baiklah . hehe :)
bukan bangga sgt , tp lebih menghargai diri seniri , eceyyhh! ^^

Umairah 'Aqilah said...

Alhamdulillah. tahniah ulya! best nya awk. umai buat nnt lah. grad nnt kot. hehee. :DD

Ulya said...

Fi Qah : tima taceyhhh !
eh , ulat gonggok binatang kesukaan anda kan ? ?

Ulya said...

Nurul Iman : hehe :)
ummi pun dua kali .
tp hebad gila di jalanraya skrang ! :)

Ulya said...

Kamal Lee : terima kasih .
terer takkk ? haaa

Ulya said...

putryteya : ak rasa tujuh kali dari ang dah Teya :)

oh , hehe . kalau ang nak taw , dalam lagi sng taw . kalau ang lulus dalam , InsyaAllah ang akan berusaha untuk lulus yang luar .
One Step Closer before ang akan dapat P , msti ang akn buat yg terbaik kan ? :)

hehe , pasal parking tu , nnty chat kat Facebook ! :)

Ulya said...

miss fluffy : oh miss fluffy tgh belajar mmndu?
tak lama lagi nak amek lesen dah ni eh ?
okay , All The Best taw , buat sekali saja :) buktikannn ^^

misluvcoklat said...

congratess!
mst excited gila nak drive enn.
same like me time first dpt lesen dulu..hihi :D

Re'an Raihan said...

congtln Ulya. hihi.
selamat beronda ronda ea. drive hati hati:)

Ulya said...

Re'an Raihan : tenkiu :)

haha , jgn risau , msty berhati2 gila punya . ulya bukan brani drive laju2 .

smpai gear 3 ja boleh ... gear 4 tak berani dah ...

Anonymous said...

maaf lambat tapi tahniah ulya!

saya buat 2 kali latihan pastu terus test jpj, gelabah jugak sebab stereng pun tak pernah pegang, latihan 2 kali je tapi alhamdulillah lulus juga :)

EKIN said...

ASSALAM TQ SHARE TIPS2 MNGU DPN SYE NK TEST JPJ TP MCM INGT XINGT JE AP PLU WAT HEHEH ..SBB TRLLU BZ GN KJE 2 BNYK SKIP2 BLJR JKETE HEHEHEH.. TQ AGAIN..

Yasser Yazid said...

Sama lah..saya pun ambik ujian kali pertama terus lulus beb