July 23, 2012

pilih mna satuu . . .:)

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum :)






muslimah zaman kini lebih terdedah. Terdedah dengan kerakusan dunia . Terdedah dengan fitnah .



Tidak dinafikan perempuan seksi akan menarik perhatian lelaki . Ya , benar . Sekiranya berlaku sesuatu yang tak diingini , maka salahnya akan diletakkan pada perempuan tersebut . Begitu juga dengan fesyen-fesyen yang kononnya muslimah sekarang , tapi warna dan coraknya saja cukup menarik perhatian . Itu yang membawa pandangan liar lelaki ajnabi terhadap seseorang muslimah . Itu yang menimbulkan fitnah . 


Tapi bagaimana pula keadaannya bagi muslimah yang bertudung labuh ? Bagaimana pula keadaannya bagi muslimah yang berpurdah ?
"Selamat dari sebarang fitnah" . Ya . Itu yang semua fikirkan .
Itu juga yang ulya fikirkan pada awalnya . Tetapi setelah membaca kisah niqabis di sini dan di sini , (sila baca kedua-dua terutama yang ini), ia mencetus dilema buat muslimah masa kini . *erkkk , ka ulya saja ni ? Semuanya serba tak kena .

Boleh pula muncul kenyataan begini :


Eh yang salah itu si pemakai purdah atau ‘anta’ yang tidak reti jaga pandangan mata?

Ada pula yang bernafsu pelik. Tengok perempuan berpurdah, katanya ‘lain macam’ =.="





"Yang haram dipandang itu aurat wanita . . .
Jadi bolehlah pandang wanita yang menutup aurat kan ? ? ?"

Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda :
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari melihat wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya kemanisan iman sampai hari kiamat”.


"Sekali saja . Pandang sekali saja lepas tu takkan pandang dah ."

Sebuah hikmah yang mengatakan, 
“Sesungguhnya menahan pandangan-pandangan kepada yang haram lebih ringan daripada menahan penderitaan yang akan ditimbulkan terus menerus”. 


Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tetapi bukan pandangan yang kedua . 
Terbaiklah kalau pandang sekali je , pastu terus tunduk , terus istighfar , terus kosong dalam hati dan minda tanpa sebarang fikiran kotor . 



Cantik itu subjektif . Adakah seksi juga subjektif ? Curious ? 

Ulya sendiri tak dapat jawapannya . Lalu ulya capai kamus dewan mencari definisi cantik dan seksi . Cantik merujuk kepada sangat menarik apabila dipandang . 
Manakala definisi seksi pula menimbulkan nafsu syahwat , mengghairahkan . 

Adakah benar kesimpulan yang ulya buat di sini iaitu : 
  • Jika perempuan menutup aurat dengan sempurna adalah cantik dan hanya sekadar dipandang lelaki ajnabi tanpa sebarang lamunan yang melalaikan ? 
  • Dan adakah ulya boleh simpulkan perempuan seksi pula dipandang oleh lelaki ajnabi yang lemah imannya berdutakan nafsu syahwat ?

Jika benar kesimpulan yang ulya buat di sini , adakah 100% dijamin muslimah yang menutup aurat mendapat pandangan yang bersih dari lelaki ajnabi ? 

Pesan Saidatina Aisyah , "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang" .

Terpeliharalah wanita-wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang itu , kan :)
Namun adakah golongan perempuan yang menutup aurat dengan sempurna dan menjaga pandangan tetapi tetap dipandang tak layak digelar wanita baik-baik ? 
Salah merekakah sekiranya mereka dipandang ? ? Lantas mereka dicop BUKAN perempuan baik-baik . Layakkah ?
Sebenarnya , semua ini berbalik pada niat . Jika wanita itu berusaha menjadi wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang , InsyaAllah , dia juga adalah dari wanita yang baik-baik .

Ataupun , adakah pesanan tersebut hanya untuk wanita dizaman Rasulullah ? Tidak ! Islamkan agama sepanjang zaman =) 


"Jadi, para wanita duduk di rumah sajalah macam tu !" 

Ulya tak setuju ! Kerana sejak zaman Rasulullah , wanita juga telah menunjukkan kepimpinan dan berjaya dalam kerjaya dan terkenal serta tangkas dan berani di medan perang . Contohnya :
  • Saidatina Khadijah Khuwalid sendiri berkecimpung dalam perniagaan dan menjadi ahli perniagaan terkenal .  
  • Khaulah Al Azwar merupakan serikandi islam yang berani memacu kuda kemedan pertempuran .



Semakin banyak perkara bermain-main dalam fikiran ulya ketika ini . 


pilih mna satu . . .

"Alah , muslimah bertudung labuh, berpurdah pun tetap menjadi perhatian , berdosa jugak . Baik kita pakai je apepun".

atau . .

"Ini adalah usahaku menyempurnakan perintah Allah . Andai aku tetap menjadi perhatian lelaki ajnabi tanpa relaku, mungkin itu ujian Allah untukku , untuk bermuhasabah tentang kekuranganku dalam menyempurnakan perintah ini, dan untuk melihat sejauh mana aku istiqamah . Dan aku akan tetap berpegang dengan prinsip menutup aurat dengan sempurna".



Mana lebih baik ? Nilailah sendiri . Pilihlah dengan pilihan benar dan sebenar-benarnya .



Titik utamanya , NIAT !

Ya , niat yang menjadi tunggak dalam apa yang kita lakukan . Jika kita menutup aurat kerana mencari keredhaan Allah , InsyaAllah Allah akan sentiasa bersama kita . 
Menutup aurat , berfesyen atau kerana perintah Allah ? Jika kita tegas yang kita menutup aurat kerana perintah Allah , maka tutuplah aurat dengan pakaian-pakaian yang digariskan dalam Islam . Barulah sempurna :)
Jika niat kita murni , InsyaAllah usaha kita juga dibalas dengan hasil yang murni .


Silalah bentangkan pendapat anda di bahagian komen , anonymous juga dialu-alukan .
Setakat ini sajalah , panjang sangat dah ni . 






wassalam .

14 comments:

Izyan said...

Assalamualaikum~

Kamal Lee said...

Saya bace dan scoll ke bawah. Oh tidak panjang entry anda. baca sampai contoh ke 4 sahaje. hehe.
BTW, untuk contoh yang ke tiga dan keempat itu, saya rasa tiada masalah. I mean tiada siapa yang nak di persalahkan sebab perempuan itu tutup aurat dengan sempurna and bila lelaki tengok, still tak nampak aurat pompuan tu.
So, konklusi nya, no one dapat dosa, and tiada siapa yang perlu di persalahkan.
p/s : ini pandangan saya je tau. kalau salau betulkan. hehe.

Enchek Kamen said...

ya. yang penting niat. Hadis pertama dari hadis arba'in ini mempunyai tafsiran yang sangat mendalam. sesuai dengan kedudukannya no 1, menunjukkan niat adalah perkara utama dalam setiap apa yg kita buat. Nabi mengajar kita jika apa yang kita buat adalah kerana Allah, kita dapat redha Allah juga benda yang kita nak buat. tapi kalau semata-mata kerana perkara tersebut, perkara itu sahaja yang kita dapat. dan selepas niat adalah usaha. Allah akan membalas atas setiap usaha yang kita lakukan. apa yang terjadi adalah atas keizinan Allah. apa yang kita usaha sebaik mungkin, itu yang dikira. elak dari pandangan sebaik mungkin tak bermaksud wanita itu takkan dipandang. contoh mudah yg semua org tau. kalau seorang anak wanita tak tutup aurat, bapanya akan berdosa. tetapi kita kena tau. bapa ini akan berdosa jika dia duduk tanpa buat apa2. tetapi kalau dia dah tegur, dah nasihat, dah asuh, dan lain2 lagi tanpa putus asa, sudah tentu dia tidak lagi menanggung dosa anak itu. Allah maha Adil. Setiap usaha akan dikira. Untuk wanita, niat untuk tutup aurat dengan sempurna, usaha tutup aurat dengan sempurna, doa kepada Allah untuk dilindung dari pandangan mata lelaki dan akhirnya bertawakal. semua yang terjadi adalah perkara yg diizinkan Allah untuk terjadi. Kalau Allah lindung dari pandangan mata lelaki, pasti tiada satu mata lelaki pun akan memandang anda. InsyaAllah

~uǝǝʇɐɟ said...

penyampaian yg sgt bagus! thanks untk entry ni :)

leakedknowledge said...

haha...ulya xphm situasi sebenar...mpuan xtutup aurat/seksa eh silap, seksi ibarat percikan api, lelaki itu minyak petrol. siapa pencetus d situ...bukannya spenuhnya slh pandangan laki2.klu ikut akal logik dan dr segi pmerhatian, mmg laki2 xdak nafsu/ (maybe ada tp sedikit) pon nk tgk mpuan berpurdah tp dsebabkan mereka diracuni dgn mpuan yg xtutup aurat/seksi ini tgk kepda keadaan sekelililng, sbb itu mereka berpurdah pon jdi mangsa. Orang bertudung berpurdah pon skrg boleh kd mangsa rogol, sbb kerana mereka siulasikan org yg xtutp aurat/seksi kpd yg berpurdah tu..

err..xpenah dengar lak pandangan pertama tu nikmat tp biasa dgr pandangan pertama itu rezeki.hehe

apa2pon, masing2 kne jaga batas. Tau sal apa yg dbenar/dilarang agama :)

putryteya said...

Itulah yang dikatakan wanita hiasan dunia . Walau macam mana elok , cantik , seksi , berpurdah , bertudung labuh dan macam mana pun , dia tetap menjadi pandangan lelaki .

lelaki yg memandang wanita dengan nafsu adalah lebih buruk .. Baik kita pakai pakaian yg menutup aurat dengan sempurna ,...Sekurang2 nya depa tak bernafsu sperti tengok perempuan seksi .

Sis Eiyan Azian said...

yer.. semuanya dr niat.. bergantung pd tujuan.. bergantung pd tahap keinamanan.. bergantung bagaimana cara kita berfikir ttg wanita yg berpurdah dan tidak berpurdah... jika niat kita baik, insyaAllah baik lah semuan nya,,

jaga pemandangan memang wajib utk para lelaki , dan wanita pula wajib la tutup aurat nya kn utk terhidar drpd fitnah..

berbalik kpd kunci kehidupan, iaitu niat.. Segala Apa yang kita buat di dunia ini adalah kerana Allah.. Luruskan lah niat utk mdapat keberkatan dunia & akhirat..

InsyaAllah..
sekadar perkongsian..
tegur sis jika sy salah :)

LiYana said...

;).. semoga kita sama sama tabah untuk mempertahankan aurat kita..

ulya..jaga diri tau ;D

~uǝǝʇɐɟ said...

Alhamdulillah, seronok baca penambahan info di atas tu :') Ya Allah, moga kami ini juga berpeluang mencapai nikmat itu...niqobis yg sejati ^__^

~uǝǝʇɐɟ said...

biar orang memandang pelik, tp biarlah pndgn mereka itu trpelihara...bukan nye memandang pelik trhadap aurat2 kte yg terdedah..wallahualam :)

Izyan said...

baca dah weh..yg ni terbaikkk..:)

Izyan said...

aku baca dah weh..yg ni terbaikkk !

Fi Qah said...

2la pening ngn masalah sekarang nie...pa2 pon kewajipan kita untuk menutup aurat adalah wajib...

Maya Mahbubah said...

Ok...Sgt setju 100% dgn penyataan Ulya...Begtu istimewanya cptaan wanita oleh Allah pda kita...Sgt bersyukur!!! Alhmdulilah :-)