July 06, 2012

Protect Your Beauty From Unacceptable Gazes ^^,

assalamualaikum ya akhi ya ukhti :)

tadi ulya ada terbaca status facebook seorang saudari yang menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada kaum lelaki yang tidak menundukkan pandangan terutama apabila melihat perempuan yang sedikit cantik , bergaya dan seksi .


Benar , sesungguhnya perintah Allah didahulukan kepada kaum lelaki dalam surah  An-Nuur,  "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".

Dan diikuti perintah Allah kepada perempuan, "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur ; 31)

Maka saudari sekalian yang ulya kasihi kerana Allah ,sila baca mengikut nada ustazah Fatimah Syarha ye :), daripada kita terus menunding jari menyalahkan satu sama lain , ulya menyeru saudari sekalian termasuklah diri ulya sendiri , ayuh kita bermuhasabah diri menilai dimana silapnya kita dalam menutup aurat dan menjadi muslimah yang proaktif yang berubah ke arah yang lebih baik demi mencapai redaNya , serta InsyaAllah menjadi wanita yang afifah , terpelihara dan tidak diganggu .


Sebaiknya menepati garis panduan ni, InsyaAllah jauh drpd pandangan liar dan fitnah :)


1) hanya menampakkan muka dan tapak tangan
dalam erti kata mudah , berpakaian seperti mana pakaian yang boleh kita bawa bersolat . bukan bermaksud pakai kain telekung sembahyang, tapi menutup keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangan . dan sering kita abaikan , kaki juga aurat yang wajib ditutup wanita , maka berstokinglah .
inilah stoking ! ada yang tak kenal ? ? :p

2) warna yang tidak menyerlah .
Fenomena kini, kalau kita pergi shopping complex, biasalah kita lihat gadis-gadis hari ini yg berfesyen up-to-date . 
kononnya, tampil muslimah dengan fesyen yang agak menutup aurat, iaitu shawl terjerut-jerut kaler pelangi , blaus yang polkadot biru-merahhitam-kuningpastu skirt labuh rainbow belang melintang . tu tak tengok lagi aksesori ala-ala princess kat atas kepala dan tali pinggang besar kat pinggang dan rantai macam mak datin . 
fuyoofuyoo punyalah meriah dah macam hiasan lantai warnawarnii sambut Deepavali atau orang panggil 'kolam'. maaf andai ulya yg tak tahu fesyen semasa , tapi terus terang ulya katakan , lebih baik pakai yang biasa-biasa saja , lagi molek ^^,
aiyyakkk ! ulya nampak sebijik camni, taktau lah di mata org lain macam mana pulak ?

ummi ulya cakap , abah ulya cakap, begitu juga ustaz ulya cakap, perempuan ni lebih baik pakai warna yang tak begitu menyerlah spt warna kelabu , koko , hitam dan warna-warna lembut lain dan tidak terlalu bright dan biarlah bersederhana . 
serta tidak mengenakan penggunaan warna yang terlalu terang dan hiasan yang berlebih-lebihan .
Dengan izzahmu yang terjaga kau semakin cantik memikat karena kepribadianmu yang sesuai syari'at.

3) tidak menarik perhatian, tidak jarang dan tidak ketat
iaitu tidaklah pakaian terlalu nipis dimana apabila berdiri di hadapan cahaya, akan terlihatlah apa yang sepatutnya tersembunyi. juga bukan pula membalut semua aurat , berpakaian ketat menzahirkan susuk tubuh. 
jarang, automatik menarik perhatian.tutup mata! eh, kalau tutup mata macamne nak baca kan ?

ps : wear loose clothes that do not reveal the shape of your body too !

4) mesti menutup dada .

"Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”.

ulya google jumpa gambar ni . haa macam ni , cantik kan...

5) tidak berbonggol menyerupai bonggol unta
daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda,
"ada dua golongan yangg akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka.
Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.
Kedua , perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang , berlengganglenggok waktu berjalan , menghayun-hayunkan bahu . kepala mereka (sanggul diatas kepala) bagaikan bonggol unta yang senget"
nak tiru style untalah tu . unta kan comel ... dan pandai nyanyi . Eh ? -.-'

6) tidak menyerupai agama lain.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.
________________________________________

sebagai manusia , kita tak pernah lari dari kesilapan , begitu juga ulya . kita semua tak sempurna, tapi kita boleh berusaha menjadi yang sempurna :) bukankah menyempurnakan aurat itu suatu kewajipan dari Allah ? tuntasnya, yang tertutup itu lebih indah . and it will protect your beauty from unacceptable gazes, believe me :) wallahualam bissawab .

sekian . sudah cukup cukup sudah drpd ulya . haih, selagi boleh taip rasa nak taip je .
tu kakak ulya cakap ulya suka buat 'Assignment-High-Level' . panjang sokmo celoteh .
kita beri laluan pesanan khidmat masyarakat dari abang salleh kita...


live dari TV Plasma 42 inci (!)



13 comments:

~uǝǝʇɐɟ said...

Ulya, thumbs up! suka entry ni.banyak pengisian. :DD eh lawa lah gmbr heliza tu. 1st time tengok.

~uǝǝʇɐɟ said...

err lupa nak kasitau....klu masuk blog ni, mood mesti brtukar mcm pg shopping sbb dgr lgu blog ulya ni.hehehe

putryteya said...

haa , setuju ngn ulya . aku pun cm rasa lain tengok pompuan pakai glem terlebih sgt . over .. !

yg stokin tu , terasa pulak i . haha . terima kasih ulya menyedarkan saya ! :D

putryteya said...

ulya .. ulyaaa ... aku rasa comel giler datang blog hang ni . sebab lagu dia . :P

Ulya said...

@fateen : oh yeke ? takpelaa , boleh feeling shopping2 dalam belog ni kan ? comel tak lagu tuuu >.<

betul , comel gila heliza . suka sukanyaa !

Ulya said...

putryteya : opss , macam 'kolam' kan nampak .
ak pikir apelah glem yg ang tulis tuu.. rupanya glemer . glemer kan ? hahahah .

afwan , bukan untuk teya saja , untuk peringatan ulya sekali :)

oh , comel sbb lagu , tapi sapa komen mmg dikategorikan comel , bagi ulya . hikhiks ^^

Cik Kay Jue said...

thnsk for sharing.... ckj pun masih banyak lagi nak kena perbaiki diri dlm menutup aurat ni...

ukhti safirah said...

nice entry,,
like ^^

Ulya said...

Cik Kay Jue : welcom :)
samalah , begitu juga ulya :)


ulya hnya berpesan2 dgn kbnaran , mngingatkan diri yang sering terlupa .

Ulya said...

ukhti safirah : tenks :)

*♥ Aisyatul Husna ♥* said...

bukan ke stokin ke ejaan dia..
tp aku suka gilakkk walaupun ada gambar yg boleh dikategorikan sbg seksi melampau..ahahah

Ulya said...

hahah . ak rasa stokin , tapi saja ak tulis stoking .

oh , ang suka eh :) ak lagi suka kalau org suka ^^

vay said...

nice :) i like ur article