July 17, 2012

Sudah Sudahlah Cakap , 'Kami Telah Terlanjur' !

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum :)



Alkisahnya mungkin begini . Bermula hanya sebagai sahabat sekolej , kami mula berhubung melalui telefon bimbit . Kami bertukar-tukar nombor telefon , dan mula bermesejan . 

Hubungan kami makin erat . Akhirnya kami declare yang kami officially 'In A Relationship' . Bila dah declare couple ni kan , mestilah nak fikirkan pasal masa depan hubungan kami yang terindah sampai syurga ku cintamu kan ? 

Pertemuan demi peremuan diatur . Cinta yang berputik terasa indah . Rindu kian menggebu . Walau kadang-kadang ada onak duri dalam perhubungan ini , bisa kami tepis . Sedangkan lidah lagi tergigit bak lagu p.ramlee tuu... , maka kami kukuh mempertahankan hubungan yang dibina ini . Biarlah badai datang melanda , cinta ini tetap kami pertahankan . Baginya , akulah yang teristimewa , bagiku , dialah Mr Perfect ku !

Tanggal 28 Februari lalu adalah hari lahirku . Sungguh berbunga hatiku bila bila dia datang mengambilku di rumah dan kami menghabiskan seharian waktu bersama . Kami bershopping , menonton wayang bersama , bermain bowling dan makan-makan . Tapi malam itu . . .


"Kami telah terlanjur.." serentak dihadapan ustaz, pengakuanku dengan kekasihku  .
"Astaghfirullahalazim... " ustaz hanya menggeleng-gelengkan kepala .

Tetttt . Kisah ini ulya reka-reka saja . Dah lali kan kita dengar kisah-kisah begini yang berlaku dalam kalangan remaja yang bercouple . Menyampah . Pengakhirannya terlanjur . Terlanjur . Terlanjur . Terlanjur . Tu saja yang tahu diucapkan bila dah melampau batas !
Nauzubillahiminzalik , kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).


"Aku menyampah dengar couple2 yang berzina menyebut 'kami telah terlanjur'....

Sedangkan perbuatan zina itu memang impian mereka sebelum couple lagi..

'TERLANJUR' ni hanya untuk orang yang 'ter' . Bukan untuk orang yang sengaja melanjurkan....

Couple itu sendiri perbuatan yang mendekatkan diri dengan zina , maka CELAKA apakah mereka menggunakan perkataan 'terlanjur'?

Orang yang 'terjatuh' bukanlah orang yg merancang untuk jatuh dari awal atau sengaja mendekatkan diri kepada sesuatu yang akan buatkan dia jatuh...

Kalau ada orang saja2 pergi tepi bukit dan melompat2 buat break dance tepi tu, kalau dia jatuh, maka bukannya 'terjatuh' lagi . . tapi bodoh sndiri sebab menjatuhkan diri . . . 

So kepada ahli-ahli maksiat (manusia-manusia yang bercouple) sekalian . . .
PLEASE STOP USING THIS WORD . . . . . 'Terlanjur' " - Ibnu Batoota






Wahai lelaki, jangan sekali² kamu menyentuh wanita yang bukan mahrammu kerana ia satu penghinaan kepadanya.

Jadilah kamu LELAKI SOLEH, aman dunia .


Wahai wanita pula, jangan sekali² kamu biarkan dirimu itu dihina. Kamu kan ada kuasa menolak.


Jadilah insan yang bermaruah & sebaik² perhiasan dunia--> "WANITA SOLEHAH"


Nah ! Jom kita hayati bait-bait nasyid Putera Puteri - Inteam




Klik SINI untuk lirik lagu :)
Klik SINI untuk dengar di YouTube :)


PadaMu Tuhan doa kami panjatkan teguhkan keimanan tetapkanlah pendirian putera puteri harapan masa depan :)


Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir. Wallahù'alam bíssawab .
Wabíllahí taùfík walhídayah, Wassalamù'alaíkùm warahmatùllahí wabarakatùh.



27 comments:

Sis Eiyan Azian said...

terima kasih atas perkongsian :')

putryteya said...

hmm betul2 .. bosan sgt dah dengar semua benda tu . tak reti nak jaga maruahh .

thanks for share :) hihihihi..

p/s : kata hang topup ulya

cendol said...

nice share ulya :)
sebab tu Islam suruh btul2 mnjge pgauln lelaki dn prmpuan..dua makhluk ni mcm magnet berlainan kutub..
so kerjasame kedua dua pihak sgt pnting ye..yg lelaki jgn miang,pompuan jgn menggatal
hahaha
mintak jauh dari segale bnde2 tak elok tu

ismi nurash said...

nauzubillahiminzalik..betol2..alasan yg klise ialah 'terlanjur' :)

leakedknowledge said...

la takrabul zina...jangan HAMPIRI zina :P..tp rmai juga yg buat perkara2 hampiri tersebut

mudz abdul halim said...

ulya,nice sharing.!!!!!! kisah atas tuuu,selalu sangat berlaku. kann. benda tu bole dibendung.cuma nak dengan tak je,dan kuat ke tak ketahanan iman dalam diri kita.btw,iman bole dipupuk.usaha tangga kejayaan.and prevention is always better than cure. =D . thanks for the sharing. may allah bless

Enchek Kamen said...

kalau bab perkataan tu memang betul la. dari sudut yang membuka pintu untuk pasangan2 ni buat semua tu bukan setakat diri mereka sendiri malahan ahli keluarga dan masyarakat. contoh mudah, banyak ibu bapa dan masyarakat boleh menerima masalah bercouple. Pernah dengar ayat : "ko dah ade couple ke? wahh.. best la ko.." even kadang2 ayat2 seumpama ini datang dari mulut ibu bapa sendiri. Kalau kita berfikir dari sudut keluarga yang hidup dalam tarbiah, kita takkan nampak. tapi kalau kita berfikir dari sudut keluarga yang kurang tarbiah, kita akan faham. Ada juga ayat ini : "ko nak kawen? amboii.. study pun belum habis dah gatal nak menikah". tapi kalau berkapel xde orang nak tegur pulak. Juga ada ibu bapa yang berkata demikian. Cara pemikiran masyarakat kebanyakan hari ini dah diset sedemikian rupa. couple tak apa. cakap bab nak menikah muda2 kena cop gatal. Dalam hal sebegini masyarakat punya tanggungjawab. cuba tanya diri kita, adakah kita menasihati rakan2 kita yang baru berjinak2 dengan couple? atau ada yang kita pandang sebelah mata, tutup telinga, yang penting bukan terjadi kepada diri kita, duduk diam berdoa tanpa usaha? yang penting kita perlu fikir apa yang aku boleh buat untuk ubah keadaan ini bukan kepada diri kita sahaja tapi untuk masyarakat.

~uǝǝʇɐɟ said...

cerita tu best. serius ingtkn ksh benar XD

Dakara said...

nice sharing.. :)

Ulya said...

Sis Eiyan Azian : sama2 sis :)

moga jadi peringatan buat kita bersama .

Ulya said...

putryteya : basan kan . asyik2 cerita yang sama . tak reti amik pngajaran ke ? haihhh -___-'

oh , welcom .

eheh , ak tak topup lgi . nnty topup , kite mesej eyy :)

Ulya said...

cendol : sgt setuju dgn kata2 anda , cendol .

dua2 patut tahu jaga batas , jaga diri !

mudz abdul halim said...

to enchek kamen: perghhhhhh berjela karangan. ayat simple,tapi ape yang dikatakan semuanye reality. a reality that happens nowadays.syabas.! *tabik spring*

Nurlyla said...

stuju dgn entri ni dn komen2 d atas..

Bulan Syurga Firdausi said...

kisah seorang sahabat yg mengaku berzina, nabi Mumahhad saw pun sedih & bertanya kenapa kamu mengaku...sedangkan kamu dah bertaubat nasuha..sedihkan..alhamdulillah entry ni bagus...Allah cipta manusia lelaki dan perempuan ada hikmahNya..alhamdulillah syukur bila da bertemu yg halal, lebih jauh dr zina insyaAllah :)

*zafirah* said...

pandai ulya reka cerita :)
tapi,itulah knyataan yg brlaku skarang..menyedihkan:'(

adibahfaizah said...

nauzubillahiminzalik.. takut pulak rasa .

aqil blur90 said...

salam :p

gud post la..menyedarkan diri kita..
astarfiruallah byk dosa telah ku buat...artikel ni mungkin dapat sedar kan kita..

just perlu ada rasa keinginan pasti boleh sedar.. :P

salam kenal new follower :D

** peneng hang belah mana :p

aqil blur90 said...

** peneng hang belah mana :p

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Nice sharing Ulya..
Minta dijauhkan dari perkara2 yang tak elok..

mr emperor said...

haha.. TER tu pun dah memang merujuk kpd kata xsengaja.. bole pulak kan xsengaja berzina..

chot ok..! said...

ulya..nice info..sya harap,sya pun dijauhkn dengan perkara ini..amin

eyjalukman said...

mudah2an kita semua terpelihara dari perbuatan zina . insyaAllah .

Tinta Lana said...

Salam ulya.

Penggunaan 'ter' tu macam tak kena tempat dan masa dalam kes mcmni..

Entah, bagi akak..terlanjur tu susah nak diterima. Sebab perkara tu melibatkan maruah, harga diri.. istilah tu patut diganti dengan melanjurkan diri.

Terjatuh, tergolek tu lain la cerita..ni sampai menggadai tubuh badan..bukan ter namanya..

#Selamat berpuasa ulya! Terima kasih na sebab salu singgah blog akak ^_^

Mudah2an, puasa kali ni lebih bnyk amalannya berbndg thn2 sblmnya..sama2 berusaha..insyaAllah ^_^

Nurulee said...

Betul betul betul.
Ter untuk yg tak sengaja.
Suka baca entry dekat sini. Keep it up. Hehe =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/time-off-for-le-stomach.html

Nurlyla said...

salam ramadhan.. :)

jaakechik said...

setuju betul jaa dgn ayat ni

"'TERLANJUR' ni hanya untuk orang yang 'ter' . Bukan untuk orang yang sengaja melanjurkan.."

diorg mmg konfem bkn yg 'ter' !