July 04, 2012

TALASEMIA , fikirkan zuriat anda !

Assalamualaikum dan selamat pagi (:
memandangkan harini pun ulya tak kerja *mmg tetiap hari tak kerja pun KAHKAHHKAH so ulya nak share sesuatu dengan semua . sesuatu yg sangat penting . penting tetapi diambil ringan .

abaikan dulu iklan diatas . 

berbalik pada topik yang ulya nak sampaikan , korang pernah dengar tentang Talasemia ? ok kalau korang tak pernah dengar , rajin2 lah google ke yahoo ke untuk tahu lebih lanjut mengenai talasemia . sebab ulya bukan nak cerita semua pasal talasemia tapi ulya nak highlight point2 tertentu ja . yang dirasakan penting untuk diri dan umum (:

tahukah anda ? ?
1 daripada 20 org rakyat Malaysia adalah pembawa gen Talasemia .

kementerian kesihatan pun berusaha mnyebarkan info mengenai penyakit ini kepada orang ramai agar mengambil langkah yang betul . boleh klik sini untuk melayari sumber utama maklumat Talasemia anda juga boleh klik sini untuk penjelasan lebih terperinci :)

memandangkan Talasemia adalah penyakit yang diwarisi iaitu diwariskan dari ibu bapa kepada anak , hanya satu saja langkah yang dapat diambil iaitu ;
Jalani Ujian Talasemia Sebelum Memulakan Keluarga

sila study gambarajah di atas . pelajar bio mesti cekap dah kan ?
tak jelas ? mari ulya terangkan . sila alert pada perkataan DAN serta ATAU .

merujuk gmbarajah pertama , Thalassaemia Carrier .
Sekiranya salah seorang ibu 'ATAU' bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. 
Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
  • 50% kemungkinan adalah pembawa
  • 50% kemungkinan adalah normal
bagi gambarajah yang kedua , kedua2 ibu bapa adalah pembawa talasemia. Sekiranya kedua-dua ibu 'DAN' bapa adalah pembawa , keadaan berikut boleh 
berlaku;

  • 25% kemungkinan anak mereka adalah *pesakit Talasemia 
  • 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa 
  • 25% kemungkinan anak mereka adalah normal

*note : Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan. berbalik pada gmbar awal2 post ni , gambar botol susu tu , sebenarnya inilah yang nak disampaikan . sekiranya anak tersebut pesakit Talasemia maka transfusi darah berterusan setiap bulan . Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja. kasihan kan .

so bagi individu2 yang dalam perancangan mau berpasangan, baru berpasangan mahupun yang bakal mendirikn rumah tangga, saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta . yang belum berpasangan pun boleh lakukan ujian ini :)
Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda kerana talasemia adalah penyakit genetik yang boleh membawa maut .

akhir kata fikir2kanlah zuriat anda .
pastikan anda ATAU pasangan anda pembawa talasemia *eh mcmne nak buat ayat ni ? 
arghhh tak reti susun ayat la pulak !  ...td skema sangat . 

debushhhh . apalah ulya ! sebenarnya ulya nak cakap apa ni ? ishh mcm ni mcm ni (:
  • pastikan antara pasangan anda , kedua2 sihat , bukan pembawa Talasemia .
  • kalau nak ada jugak , syaratnya hanya salah sorang sahaja boleh jadi pembawa Talasemia . uishhh ulya ni ! ayat ni mcm kartun huehuee 
  • kalau dua dua pembawa Talasemia , putuskan dengan baik caranya . maka, Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi Sekalipun aku takkan pernah mencuba kembali padamu - Tapi Bukan Aku, Kerispatih . 
l nampakkan hikmahnya mengapa Islam menganjurkan, Cinta after Nikah l

wassalam . kita beri laluan pesanan khidmat masyarakat abang salleh kita ;

ulya sudah :) anda bila lagi ? nak tanya apa2 , boleh drop kat komen .



32 comments:

mudz abdul halim said...

ok,talasemia lagi bahaya dari tilik nasib kat fb.

tapi kann,KALAU la kan,kalau ye,tetibe kalau dua2 tu ada talasemia,and masing2 dah sayang yang amat to each other,mesti susah sangat2 kan nak berpisah kan kan. pape pon,may allah bless you.
nice sharing.tak ramai yang tahu pasal talesemia ni.penting tapi diambil ringan.

Ulya said...

mudz abdul halim : hhehe dua2 bahaya . yg talesemia bahaya untuk zuriat tu nnty .

haah , sbb tu lah hikmahnya cinta after kahwin , jgn bercinta dulu .
sbb kalau nak kahwin , kita mmg dgalakkan amik ujian talasemia dan hiv . so , kalau tak bercinta lg , tkde masalah la . tak begitu :)

QweensheesZ said...

kamoo di tagged n masok list entry aku..sile nengok cnehh..^^
http://myhuhuhabuu.blogspot.com/2012/07/blogswimming-list-ini-pagi.html

Ulya said...

QweensheesZ : terima kasih :)

leakedknowledge said...

ooooo nice info..penah tgk iklan kt tv...

chot ok..! said...

woww..nice info..sianya spe yg ada talesmia tu..

Ulya said...

leakedknowledge : aah mmg , kementerian kesihatan pun berusaha mnyebarkan info mengenai penyakit ini kepada orang ramai agar mengambil langkah yang betul , supaya tak lahir anak2 yg talasemia major , yg boleh mnyebabkan kematian :(

Ulya said...

chot ok..! : kesiannn, terutama budak2 yg ada talasemia tu , deorng tak hidup lama dan bergantung kpd tranfusi darah setiap bulan .
tapi bagi pembawa, mereka boleh hidup normal , dan dipercayai saiz darah mereka mgkin lebih kecil drpd saiz darah manusia normal .
btw, tetap boleh hidup seperti biasa , takdak apa2 :)

chot ok..! said...

chot ada kwn dlu yg hdp skit ni,mmg tiap2 buln dia kena ambil darah,lps sya hbs f5,sethun tu dia dah meninggl..sedih sgt.

Ulya said...

chot ok..! : innalillah . chot , sedihnyee :'( dah la hujan2 renyai kat sini , chot bawak cerita sedih
:'( sobsobs .
kdg2 parents tu sndiri tak sdar mereka kedua2 pembawa talesemia, sbb pembawa boleh hdup normal dan hnya seikit tanda2 anemia, tp bila dah berzuriat , zuriat tu lah kena tggung segalanya .
kalau seorang je pembawa,insyaAllah anak tkkan dapat talesemia , cume jadi pembawa untuk gnerasi seterusnya .

putryteya said...

opsss .. lagi atiyah comel sebab komen . nak komen byk2 laaa , nanti comel laaa ! HAHHA

takut jugak dengar talasemia ni .... yg aku tau cikgu ija ke nama dia kat KMPP tu ada talasemia minor . classmate aku sorang . Jannah

Ulya said...

putryteya : hehe , selamat mencomelkan diri teya :)

ahaa, talasemia minor takde masalah :) boleh hdup dgn normal .

zera eira said...

zera kne pg check nihhh. Cepat2!

Ulya said...

zera : haha , baguslah :)
pegi check , biar kita tahu status kesihatan kita , kan lebih baik >.<

alif haris said...

dia yg penting jgn sampai dua2 pmbawa talassemia kan.. salah seorang takpe. hehe

ameerul ashraf said...

gud info.. tahap kesedaran masyarakat kita masih rendah dalam perkara2 cmni..

mr emperor said...

xtaw lak penyakit tu bole bawak maut.. hari tu ada la pemeriksaan talemesia kat maktab utk bebudak junior, ingatkan benda saje2 je.. haha

Ulya said...

alif haris : ye salah seorng takpa .
Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
50% kemungkinan adalah pembawa
50% kemungkinan adalah normal
dan tiada kemungkinan anak tu pesakit talasemia .

Ulya said...

ameerul ashraf : betul . semua pndang ringan je . yg nak mnggung nnty , anak tu .
seksa kan dia ? tetiap bulan tranfusi darah dan tak dpat hdup sperti budak2 lain. kesian sgt .

Ulya said...

mr emperor : hmm mmg ramai yg taktaw, selalunya bila dah kahwin dan ank tu tak sihat, akhirnya tahu anak tu ada talesemia . bila diperiksa , both ibu dan BAPA adalah pembawa .

sbb tu kna buat pmeriksaan , tahu dari awal status kesihatan diri .
agar pembawa tak kahwin dengan pembawa . kann ?

Cik Kay Jue said...

sakit tak ulya dia check? huhu.. tkut la nak check..

Ulya said...

Cik Kay Jue : urmmm sakit lah , dia kna amik sampel darah kita .
tp ulya tak pasti skit sgt ka skit skit je .
sbb spnjang nurse amik darah ulya jerit je kuat2 , dah siap baru ulya diam . so tak lah sdar sgt . kekeke .

tp lepas sebulan nak ambil hasil test tu , nurse tu igt lagi . aiyakkk ! O__o
malunyeeee >.<

Info Sehat Keluarga said...

Info yang sangat bermanfaat. Sebelum terkena Talasemia, jagalah kesihatan dan perkuat sistem imun kita.

Info Sehat Keluarga said...

Info yang sangat bermanfaat. Sebelum terkena Talasemia, jagalah kesihatan dan perkuat sistem imun tubuh kita

Sue said...

Assalam... tq atas info yang amat bermanfaat. Kami adalah keluarga talasemia. Saya dan suami pembawa, kami ada 4 org anak. 2 intermediate talasemia, sorang pembawa dan sorang free talasemia. Ilmu yg sgt sedikit tentang talasemia menyebabkan kami agak lambat bertindak namun alhamdulillah kini anak2 kami di bawah pengawasan doktor2 pakar kat PPUM. Jom lawat umah kami boleh kita share serba sedikit pengetahuan tentang talasemia, saya memerlukan banyak ilmu tentang talasemia ini. Tq for the sharing

Sue said...

Assalam... tq atas info yang amat bermanfaat. Kami adalah keluarga talasemia. Saya dan suami pembawa, kami ada 4 org anak. 2 intermediate talasemia, sorang pembawa dan sorang free talasemia. Ilmu yg sgt sedikit tentang talasemia menyebabkan kami agak lambat bertindak namun alhamdulillah kini anak2 kami di bawah pengawasan doktor2 pakar kat PPUM. Jom lawat umah kami boleh kita share serba sedikit pengetahuan tentang talasemia, saya memerlukan banyak ilmu tentang talasemia ini. Tq for the sharing

kakngahsihat said...

Saya seoramg beta thalassaemia trait, 2 org ank saya juga adalad talassaemia, jom jengah ke blog saya agar ada yg membantu... :-)

http://kakngahsihat.wordpress.com/category/thalassemia/

mohd adly rahmat saat said...

bodoh jgk bile ckp klu due2 ade putuskan dgn care baik... bangang...

Amir Hamzah said...

Putuskan cara baik??..confirm lepas tu rindu ,jmpa balik..then??..zina merata rata??..sebenarnya boleh berkahwin dan pasangan kena berbincang utk dapatkan zuriat..

Amir Hamzah said...

Putuskan cara baik??..confirm lepas tu rindu ,jmpa balik..then??..zina merata rata??..sebenarnya boleh berkahwin dan pasangan kena berbincang utk dapatkan zuriat..

Anonymous said...

Betullah tu. Cadangan beliau. Terpulang nak ikut atau x. Klau nak kahwin jugak kadi pun tak boleh halang.

Anonymous said...

Saudara amir, ini hanya info & nasihat untuk semua. Sila baca komen2 dari mereka yg ada penyakit ni. Ini perlu "dielakkan" tetapi bukan dihalang. Kalau saudara nak kawin juga tiada masalah kalau itu mampu mengelakkan zina. Jika saudara ingin maklumat lanjut bole pergi ke mana2 sahaja hospital. Minta nasihat doktor. Info ini sngt berguna dan membantu sbnrnya sbb nya kes begini kian meningkat.