August 02, 2012

Jangan Mendedahkan Diri Dalam Bahaya !

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum .


Terkejut . Terkedu . Terkesima . Ya , awal minggu ini facebook dihebohkan dengan penyebaran gambar perempuan-perempuan melayu majoritinya bertudung melalui beberapa page yang kurang bermoral . Dan hebohlah pengguna-pengguna facebook menyebarkan page-page itu untuk diblock , report etc etc . 
#penah nampak lebih kurang macam ni ? tapi yg ni ulya dah crop  #
Tapi kita jangan menyangka semua friend list kita di fb berhati murni , jangan jangan . bukanlah ulya menghasut supaya tidak berhusnuzhon (bersangka baik) sesama manusia . bukan . tapi kita perlu berhati-hati dengan manusia zaman sekarang . adakah semua dalam friend list anda adalah orang yang anda betul-betul kenal hati budinya ? mungkin jua antara beribu tu , majoriti daripadanya adalah lelaki yang khilaf hatinya , akhirnya melalui penyebaran page tersebut yang berleluasa , makin banyak pulak penge-LIKE-nya di page tersebut .  apekah ?
ya , kita sebarkan untuk suruh report , block , etc etc . tapi lebih afdal pada pandangan ulya , sebarkan melalui mesej , dan sama-sama perempuan saja . kalau perempuan yang buka page tu pun , tiada masalah kerana memang gambar perempuan dalam page tersebut . tapi kalau lelaki buka ? haa tak kaa kurang pahala puasa . lebih biadab lagi yang sengaja menambahkan bilangan LIKES dalam page tersebut ! itukah lelaki yang melindungi ? 

Sekarang , isu ni semakin diam , semakin kurang . Ada page yang dah diremove pun tapi ada juga yang masih kekal . kita tengok apa akan jadi seterusnya . Biar Allah membuka pintu hati mereka untuk bertaubat .  dan Alhamdulillah , ramai perempuan yang sudah private dan delete gambar-gambar di laman sosial .
Dan ulya rasa tak patut pun ulya nak bangkitkan hal ini . dah diam , diamlah ... kan ?
Tapi kita manusia sering terlupa . kita manusia yang perlu terus , terus ... dan terus diingatkan . bila benda tu mengganas , pakat-pakat kempen suruh private itu ini . baru je kejadian ini suram sedikit , nampaknya para wanita kembali mengupload gambar facebook . album yang dipravate tiga empat hari lepas di unprivate . macam mana ni ?

Sebelum menyalahkan yang lain , lihat salah sendiri dahulu . Jangan terlalu ego untuk mengakui kesilapan diri . jangan ! jangan terlalu nampak jahat orang lain seolah-olah kita ni malaikat . jangan ! apabila kita menunding jari menyalahkan orang lain , ada yang menunding jari menyalahkan kita kembali . muhasabah . ada hikmah disebalik apa yang berlaku . 

wahai saudariku sedarlah kecantikan itu sementara ...
Sememangnya fitrah wanita inginkan pujian dan perhatian.. Maka berlambak-lambaklah gambar dimuat naik dengan pelbagai gaya, aksi dan fesyen.. Yang menjadi bahayanya pabila menjadi tatapan ramai lelaki yang kemudiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda dan membuat lamaran “nafsu.." Wanita menjadi pameran lelaki umum..? Dosa jawabnya...


wahai saudariku terimalah teguran orang dengan hati terbuka ...
dah ditegur jangan masukkan gambar dengan mulut-mulut muncung , tapi buat jugak , alasannya 'takde maksud apa-apa pun' . sayang , kita tak tahu apa yang terlintas dihati lelaki . kita rasa biasa , tapi mereka ? bila ditegur cakap "Ini peribadi saya.. You apa sebokk", "I tahu apa yang I buat..", "Ni facebook I, kalau tak suka boleh blah.." 
haihhh , mana nilai kehormatan kita sebagai seorang muslimah (wanita beragama Islam) ? ? manis kah kita buat ayat macam ni ?
*rentetan isu page tak bermoral tersebut , terserlah pula sifat wanita yang tak menjaga bahasanya . tak guna pun anda terus-terus mamaki hamun di page tersebut , komen dengan bahasa2 kesat sebab itu langsung tak mengubah si hati batu admin page tersebut . yang terzahir hanyalah sikap anda yang melambangkan seorang perempuan yang tidak menjaga bahasa dan lidah .


wahai saudariku pupuklah sikap berhati-hati ...
Bukan ulya menghasut agar berprasangka buruk pada semua orang , tapi tanamkanlah sikap berhati-hati . Untuk perempuan , bukan semua lelaki dalam friendlist kalian berhati suci . Malah kemungkinan majoritinya lelaki yang khilaf hatinya, yang tak mampu melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan , lantas mendapatkan maklumat dan gambar anda yang tersebar di laman sosial . Si wanita yang pada asalnya berasa selamat, rupa-rupanya telah mendedahkan gambar kepada orang yang tidak sepatutnya.. Jadi, pastikan gambar anda masih terhad dan terjaga..


Wahai saudariku , simpanlah pada yang selayaknya ...
Kerana mudahnya mengakses gambar sesorang, lelaki berhati buas memuat turun gambar tersebut untuk disimpan sebagai koleksi peribadinya.. Banyak wanita menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian, tanpa disedari berkongsi saham dosa dengan lelaki seperti itu.. Dosa mendedahkan aurat serta maruah wanita.. Simpan sahaja gambar cantik molek untuk tatapan suami yang sah, dan tunggulah pujian para malaikat dan bidadari syurga nanti..



Wahai saudariku yang berhijab , pemalu , anggun lagi berkeperibadian kukuh...
Dengan rasa malumu dan hijab (penutup aurat) yang diperintahkan Allah , hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu  . malu untuk memandang yang tidak halal . malu untuk dipandang oleh yang tidak halal . kukuhkan keperibadianmu , andai tidak suka dipandang di dunia realitinya , jangan biarkan orang memandang di alam maya . private gambar-gambar anda  !
dan , jangan pula tanpa rasa malu bergurau senda dengan lelaki ajnabi . kita muslimah bermaruah , jaga peribadi kita . apa pandangan orang apabila melihat gadis muslimah bergaul tanpa malu dengan bukan yang halal ? apa pula pandangan Allah terhadap kita . fikir-fikirkan .
awas ! Allah sentiasa mengawasi kita !


Wahai saudariku yang menjaga nilai nilai dan suri teladan...
perelokkan bahasa anda . jangan mencarut atau menggunakan bahasa yang kasar , tak sesuai dengan keperibadian anda . tak manis getu ! usah kata "lebih baik menjadi diri sendiri" , kerana menjadi diri sendiri yang sebenarnya ialah mengekal sesuatu sahsiah diri yang baik dari mengikuti hal2 yang buruk .. :D bukan terus mengekalkan hal-hal yang buruk , faham ? 

Wahai saudariku yang penyabar , selalu berharap pada Allah , bertaubat dan kembali ke jalannya...
Usah melatah bila difitnah . Ada hikmah atas apa yang berlaku . Bersabarlah , dan ambil pengajaran atas apa yang berlaku . apa yang berlaku hari ini akan mematangkan anda di masa hadapan . Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar . Sesungguhnya tidak ada hijab antara doa orang yang teraniaya dengan Allah swt . Optimislah , sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu !


------------------------------------------------------

Kita sebagai manusia biasa memang pernah melakukan kesilapan . Dan dari kesilapan itulah kita belajar . Biasalah kita , sudah terhantuk baru nak tergadah ! Tapi biarlah kita tergadah sekali , jangan berkali-kali . 
so , ulya nak kempen lagi sekali , privatekan gambar-gambar anda !
anda mampu mengubahnya !
ingat , jangan bertahan empat lima hari je , pastu unprivate balik ! :P sangat lawak okayyy orang yang buat macam tu . kalau terasa , ambiklah...:P

#cubaan doodle pertama#
jadilah kita wanita paling bahagia ... :)
biar tidak dipandang manusia , tapi sentiasa dipandang Allah .
sentiasa merasa diri dalam pengawasan Allah akan menjadikan kita muslimah yang bahagia dan tinggi kedudukanNya .
kan wanita solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh ... :)

akhir kata jangan dedahkan diri dalam bahaya .
Memetik kata-kata ustaz Don Daniyal *kalau tak salah muncul di home fb baru-baru ni , "Perempuan masa kecil ibu bapa jaga , bila dah besar suami jaga . Lihat , betapa Allah sayangkan perempuan" .
Jadi kita pun kenalah sayangi diri kita sendiri :)

apa yang ditulis adalah untuk peringatan diri sendiri dan semua . biar tertampar , biar terasa agar diri kita tak terus hanyut . sama-sama lah berubah kearah yang lebih baik :)

So , jaga diri semua saudari-saudari ku sekalian walau dimana anda berada :)
(hehew  seronoknya dapat pesan kat orang suruh jaga diri , sebab sejak ulya dapat tawaran sambung belajar kat unimas , berpusu-pusu*bajet macam ramai gilaaa pesan kat ulya suruh jaga diri . terharu weyhhh , ni rasa nak belanja kek lapis sarawak kat tetiap orang ni , keh3...)

cukup sudah ulya taknak merepek sangat bulan puasa ni . biarlah di bulan puasa ni ucapan yang banyak adalah zikir , dan diam adalah berfikir . moga terbawa-bawa sampai bulan-bulan lain juga yaa ! *cepat2 amin !*

Ilal liqa' InsyaAllah .

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir. Wallahù'alam bíssawab .

Wabíllahí taùfík walhídayah, Wassalamù'alaíkùm warahmatùllahí wabarakatùh.  




15 comments:

Tinta Lana said...

Assalammualaikum Ulya.

Akak dah tgk fb page tu..Allah..

Masa link tu disharekan oleh blogger femes tu, akk ingtkn ia tak serius mana..rupa2nya, lebih teruk dari apa yg akak fikir time tu.

Sebab perkara macamni lah, akk tak letak sekeping gambar pun. Kita khuatir, benda macamni jadi pd diri sndiri.

Nurulee said...

InayaAllah, so far Ee choosy jugak nak approve friends request =)

http://thenurulee.blogspot.com/2012/08/firecrackers-consumer-be-consider-please.html

Enchek Kamen said...

Allah turunkan peringatan dalam berbagai bentuk. kalau x ada page camtu, ramai yang tak aware tentang masalah gambo. tp xdak la bermaksud adanya page tu adalah sesuatu yang bagus. dah tentu tak bagus.

en. buaya said...

saya sbgai lelaki berasa malu dgn sikap segelintir lelaki yg tidak mlndungi -,-

lynndAmya said...

setuju, act benda ni dh lama, tp baru skang ni heboh, tp dlm semua pmpuan tu kecoh dan marah, rasenye xleh salahkan page tu gak, sbb pempuan pon main upload je semua pic tanpa bertapis..bila org dh amek, tau marah..dua2 pon slh sebenarnya, yg lelaki pon kdg2 marah siapa yg curi tu, tp diorg pon like page yg kumpul gmbar2 pempuan tu..so kita ni jaga je lah diri kan..take care :D

sUke-sUki :D said...

nice entry..peringatan utk dri sndri gak sbnarnye..trimas =)

Encik Atan said...

nice sharing....


yeay...gua comel...bhaha

putryteya said...

sangat terkedu 1st time aku tengok page tu! adoyaii .. vangang betul laki2 tu ..

salah perempuan tu juga , byk sangat upload gmbar sendiri . pengajaran , pengajaran ...

Bulan Syurga Firdausi said...

menjadi lebih baik dr hari ke hari kan, insyaAllah..tentang muka atau aurat yang penting menutup aurat alhamdulillah :) bagus entry ni...

Alif Haris said...

wanita itu perhiasan dunia . tapi juga mudah menjadi fitnah dunia. mohon para wanita menjaga nilai seorang muslimahnya dari segala aspek.

pinoc said...

bahaya ni

eyjalukman said...

tulaa , tgk jgk page tu . rsau btol klu ad gmbr org2 yg kita syg msok dlm tu . yg bwt page tu pn smoga Allah buka pintu hti dia delete page tu tros .

chot ok..! said...

lama xdtg tgk ulya,bru dpt lappy..nice entry laa ulya..pompuan ni bhya,mcm2 blh jd kn?:)

Tinta Lana said...

Salam.

Ulya..ulya mesti sibuk kan skrg ni..jaga diri..jaga kesihatan ya.. :)

Outbound di Malang said...

nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,