July 06, 2013

tadabur alam bersama family . . . ! :D

bismillahirrahmanirrahim . assalamualaikum :)

updet lagi harini ! :D ini adalah suatu pncapaian luar biasa , tiga hari berturutturut dapat updet entri terbaru ! sila berikan tepukan paling gemuruh . . .

harini ulya rehat ! taak buat kerja rumah ya-be-daa-be-duuu :D :D :D 
aktiviti hari niee jalanjalan jea ! teman ummi ngn abah amik adik balik hari sukan , tetiba jea boleh pulak ada idea nak masuk hutan ! *bukan cari alasan sbb takmau buat kerja rumah*
maklumlah lama sangat dah tak jungle trecking . cewahhh ! ;) last yang ulya ingat masa plkn jea . pastu masuk kmpp tak penah mredah hutan dan , lepas tuw amek lesen , lepas tuw masuk unimas . mmm , masuk unimas pum taak join mana-mana aktiviti meredah hutan . meredah mimpi adalah =_= 

tadabur alam bersama keluarga sebenarnya sangat mnyenangkan :D alangkah baiknya jika setiap aktiviti riadah , rekreasi dll kita niatkan untuk bertadabur alam , kerana selain beroleh badan yang cergas dan minda yang cerdas , kita akan dapat menghayati keindahan dengan lebih dalam dan hati kita juga akan merasa damai . 


berbekalkan sabit , pisau , golok , kain pelikat (semua peralatan niee perlu untuk mnebas semak dalam hutan untuk buat laluan / langkah kslmatan sekiranya trdpt haiwn2 liar spt khnzir hutan , ular dll) dan tongkat ali yang sebenarnya dahan pokok (tongkat sgt berguna untuk memudahkan aktiviti jungle trcking) , dan paling penting doa senjata mukmin , kebergantungan kpd Allah agar dilindungi dari segala marabahaya dan makhluk halus . 

jom masukk hutan bersama saya ! :)

melihat pemndgn bawah :)

merenung ke atas :)
pokok durian yang tinggi ! :D (tapi tkde buah) :(

ummi abah dan kawan2 adik2 . . . :P

Subhanallah Alhamdulillah , super cantikkk kan panorama alam yang belum diteroka , begitu indahnya ciptaan Allah Subhanahuwata'ala . 

nur muhammad wif RIDSECT
ridsect dah abis but nyamuk still bnyak . alangkah suburnya mama nyamuk !

ikut suka lah nakk pnggil benda putih tuw tayar , kasut , penyangkut , pemadam .
nama sebenar dia susu getah atau lateks . . . :P

6 km merentas hutan yang agak mncabar . ummi tetiba cemas panggil abah suruh cabut pacat yg tetiba kat kaki ummi ! dan . . .
ulya pun tengok kaki ulya . . . 
ada pacat jugak ! terus ulya jerit sekuat hatiii dengan harapan pacat tuw akan terkejut lalu pengsan ! dan mmg betul pun , pcat tue pengsan (tak tahu lah pengsan ka mati) ! tapi bukan sebab ulya jerit , sebab adik lelaki ulya cabut pacat tue dan lenyeklenyek dia . muahahah :D eh terseronok pulak , takziah buat keluarga pacat T____T

nur muhammad bernasib baik sbb kasut dia sgt selamat (cari , ada dalam gambar) . nnty naak suruh abah belikan kasut tuw jugaak . 


jungle trecking sebenarnya sangat ohsem sekali tanpa pacat ! tahuuu :)
*bergmbar sbelum kne pacat*


tadabur alam . 
dengannya bukan sahaja sekadar kegiatan bergembira 
dan mngertkan silaturrahim , 
ia lebih dari itu . 
lebih beharga dan bermakna :)
lebih dekat dgn Allah .
lebih mghayati ciptaan, nikmat anugerah kehidupan .
sehingga pulang dalam kebahagiaan , kedamaian ,
rasa syukur mnyentuh kalbu .


Ilalliqa' InsyaAllah , wassalam ... :)


3 comments:

Muhammad Syafiq said...

Alam setiap kali manusia lihat, ia lihat kebesaran Allah SWT.Jika manusia boleh jumpa serpihan wang tulang, mangkuk dan pingan boleh kesan sejarah manusia yang lepas. Tiba2 manusia lihat alam, dirinya dan sekelilingnya gagal menjumpai Allah SWT tanda manusia itu sudah buta jantung hatinya.


Taddabur alam ni di kawal oleh commando berpakaian oren berserta senjata penyembur yang membunuh musuh secara kejam..

Muhammad Syafiq said...

Alam apabila manusia lihatnya, manusia akan lihat kebesaran Allah SWT.. Jika manusia boleh jumpa dengan serpihan tulang, wang, mangkuk dan pinggan boleh kesan sejarah manusia yang lepas, tiba-tiba manusia lihat alam, dirinya dan sekelilinnya gagal menjumpai Allah SWT tanda manusia itu jahil dan buta jantung hatinya..

Taddabur Alam ini di kawal oleh seorang commando berpakaian serba lengkap berwarna oren dengan senjata pembunuh musuh yang kejam lagi berbahaya....

Muhammad Syafiq said...

Alam apabila manusia lihatnya, manusia akan lihat kebesaran Allah SWT.. Jika manusia Boleh jumpa dengan serpihan tulang, wang, mangkuk dan pinggan boleh kesan sejarah manusia yang lepas, tiba-tiba manusia lihat alam, dirinya dan sekelilinnya gagal menjumpai Allah SWT tanda manusia itu jahil dan buta jantung hatinya..

Taddabur Alam ini di kawal oleh seorang commando berpakaian serba lengkap berwarna oren dengan senjata pembunuh musuh yang kejam lagi berbahaya....