January 03, 2014

biarlah enggang sama enggang , mana nak sama dengan pipit . . . :)

" namun adakalanya pipit terlupa dan cuba menjadi enggang . dilebarkan sayapnya agar turut terbang tinggi . kasihan enggang melihat pipit . lalu, enggang turun bersama-sama dengan pipit . terbanglah mereka bersama seketika . pipit bahagia . dia mampu bersama dengan enggang "


dia ibarat enggang , gagah dan perkasa manakala aku cuma si pipit yang hina . manakan mampu mengejar enggang yang jauh lebih laju dan hebat . manakan pipit mampu mendongak tinggi melangit ke arah enggang yang di atas sana . kerana pipit lebih senang menunduk malu , menyembah bumi ..

hidup seperti enggang , daya tujahan bila terbangnya jauh lebih tinggi dari pipit , makanan enggang juga jauh lebih besar dan banyak dari pipit . malahan tinggi letak duduk enggang di dahan pokok juga jauh lebih tinggi dari pipit .

enggang dijadikan Allah jauh lebih cantik , bukan saja dari bentuk badannya , malah juga dengan bentuk paruhnya berbanding pipit yang sederhana .

tetapi , mereka akan pasti tak merasa bahagia kalau gagal memahami sunnatullah hidup ini . pipit akan gagal dalam perlumbaan jarak jauh kerana kemampuan kepaknya yang pendek yang akan hanya membatas dan memenatkan . berbanding enggang , dengan sekali libasan kepaknya akan menujahkannya jauh ke depan dan boleh menggelungsur dengan lebih lama di udara .

susah benar kalau enggang mahu terbang sama dengan pipit . pipit cepat penat mengikut rentak enggang dan enggang juga akan bosan menunggu pipit . sebab itu kata orang tua-tua dulu , carilah yang sepadan agar setiap perbuatan akan sama dengan temponya . memang benarlah kata mereka itu .

wahai pipit , jadilah diri sendiri , seapa adanya . pipit menyedari diri tidak setaraf dengan enggang dari segala segi . kalau gagal mengikut syariatnya , pipit memang mudah cemburu melihat enggang . dan enggang juga akan mudah sakit hati kerana tidak boleh memagut beras sama seperti pipit dek kerana paruhnya yang panjang dan besar !

berbuatlah sesuatu mengikut ukuran dan takaran masing-masing . Allah menjadikan setiap makhluk itu bukan dengan sia-sia . malah Allah amat adil dalam semua penciptaanNya .

enggang susah nak faham keperluan pipit , pipit juga tak terdaya nak makan makanan enggang . nabi yang mulia juga selalu nasihatkan kita , bersederhanalah dalam segala hal . ikutlah ukuran dan takaran agar sesuai dengan keperluan hidup . apakah kita nak paksa berikan apa yang kita minta ? atau lebih baik menunggu pemberianNya yang jauh lebih sesuai dengan keperluan kita .

pipit , kembalilah kepada sunah alam . fikir - fikirkanlah pipit , tak mungkin pipit dapat terbang dan berganding dengan enggang . sudah pastinya enggang seperti dia mahukan enggang juga yang dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengannya .

namun adakalanya pipit terlupa dan cuba menjadi enggang . dilebarkan sayapnya agar turut terbang tinggi . kasihan enggang melihat pipit . lalu, enggang turun bersama-sama dengan pipit . terbanglah mereka bersama seketika . pipit bahagia . dia mampu bersama dengan enggang .

di satu masa . enggang terbang tinggi . mengejar sekawan enggang yang lain yang sama taraf dengannya . biar burung lain tahu , enggang bukannya milik pipit semata-mata . enggang juga mahu mengejar enggang lain yang lebih megah , lebih bidang dadanya .

tinggallah pipit sendirian mengharung angin yang bertiup . kekiri dan kekanan tanpa haluan . tiada lagi enggang yang sering menemaninya dulu . enggang sudah punya teman baru . pipit tinggal sendiri .

kini pipit sedar diri . pipit tetap pipit biar pun enggang mendampingi . pipit bukan enggang untuk dipuja puji . 

saat enggang berlalu pergi , pipit masih di sini . menyedari hakikatnya dalam dunia ini memang begitu . enggang yang lebih segalanya daripada pipit . enggang yang gagah, enggang yang berkuasa . dan enggang yang mencuri hati pipit juga . terlambat pipit menyedari , pipit sepatutnya bersama pipit , enggang sama enggang . 

namun sudah lumrah kehidupan , adakalanya pipit terjatuh cinta kepada enggang. . .

bukan cinta , sekadar mengagumi . . . (:


1 comment:

Anonymous said...

salam, sy terbaca post ni..menarik..tulis sendiri ke? Boleh sy copypaste n kredit pd blog awk?

emel sy: hurunain.jihad@yahoo.com