May 07, 2014

insecurity .




insecurity I .

aku tak boleh dilingkari orang orang yang 'tinggi'.

orang orang yang bijak pandai , berbual dalam bahasa
bombastik dan terma terma rumit , jelas melukis paras
IQ mereka yang mencakar langit .

orang orang yang mencapai banyak pada usia muda
dan bercerita mengenainya , dan tentulah ia bukan salah
kerana ya , benar , mereka memang sudah mencapai
banyak pada usia muda .

wanita wanita yang sangat lincah , sangat cantik , peka
acara terbaru yang terjadi di sekeliling , tahu tiap tiap
butik yang sedang hangat diperkatakan .

pemuda pemuda yang berkeyakinan tinggi dan bercakap
mengenai gadis comel 1 , gadis manja 2 ,
gadis ayu 3 dan gadis matang 4 yang memuja mereka ,
sementara mereka sibuk denga tugas berat lagi hebat sebagai
doktor , arkitek , jurutera , peguam .

aku tak boleh dilingkari orang orang yang tinggi begini .

bilamana mereka berbual aku cuma mampu diam ,
dan minda aku merewang tertanya
dari mana mereka jumpa keyakinan
setinggi ini .

kenapa aku tidak bertemu keyakinan setinggi ini
walaupun pernah aku cari .


kemudian pada malamnya aku mengesot ke atas katil , tubuh hina aku merengkot dan perlahan lahan bergulung kecil , memikir bagaimana mereka boleh bernafas tanpa rasa 
ini . bagaimana aku saja yang diselaputi rasa ini ? bagaimana aku boleh tersangkut di stesen ini ; dikalangan mereka yang hidupnya sudah terlalu penuh jiwanya sudah terlalu padat , berbanding aku yang saban hari tercungap cungap terapung , kakiku cuba mengayuh , kepalaku cuak mendongak , agar aku tidak tenggelam dan mati lemas dalam rasa yang sudah di takat tengkuk ini .


- LangitVanilla -


3 comments:

lovely qanaah said...

langit vanila? :)

Anonymous said...

Salam kak ulya...boleh x saya nk mengetahui serba sedikit mengenai unimas?? Kalau kak ulya xkeberatan...kak boleh email saya di shahira.mimi@yahoo.com. ..terima kasih..

ulya said...

alyaa !! :D